TINDAKAN seorang lelaki menunjukkan video lucah kepada kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menggunakan telefon bimbit mengundang padah apabila dia akhirnya ditahan polis.Memetik laporan sebuah portal tempatan pada Isnin, kejadian itu terbongkar selepas kanak-kanak berkenaan menceritakan kelakuan lelaki terbabit kepada ibu bapanya. Difahamkan perbuatan tidak senonoh itu dilakukan lelaki berusia 38 tahun berkenaan selepas mereka mula berkenalan sejak beberapa minggu lalu.Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Old Hubballi, India oleh ibu bapa mangsa.Menurut polis, suspek dikenali sebagai Mazhid Nadaf yang bekerja sebagai buruh harian dan menetap di Old Hubballi.Difahamkan, mangsa sering melalui rumah suspek yang sudah berkahwin itu ketika dalam perjalanan ke sekolah.Suspek kemudian didakwa kerap menegur mangsa, memberikan sejumlah kecil wang serta memintanya membeli barangan untuk lelaki berkenaan.Polis mendakwa suspek cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak terbabit sebelum menunjukkan video lucah menerusi telefon bimbitnya dengan niat tidak baik.Polis berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan selepas laporan dibuat.Pihak berkuasa turut meneliti latar belakang lelaki itu serta mengumpul maklumat lanjut berhubung kes berkenaan. -Agensi