suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergaduh sebab ‘scrambled eggs’, anggota polis tembak isteri sebelum ambil nyawa sendiri!

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. -Gambar hiasan

PERTENGKARAN suami isteri yang dipercayai berpunca daripada masalah kecil ketika menyediakan telur hancur berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila wanita berkenaan ditembak mati oleh suaminya yang kemudian bertindak menggantung diri.

Kejadian itu berlaku di kediaman pasangan berkenaan di Narela, utara luar Delhi, India pada Sabtu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP), Sobhit D Saxena, pasangan terbabit dikenali sebagai Ketua Konstabel Monu yang berusia sekitar 40-an dan isterinya, Meenu, 35.

"Anak-anak memberitahu bahawa ketika mereka meninggalkan rumah, ibu bapa mereka sedang bertengkar mengenai penyediaan telur hancur.

"Tapi, cara sebenar kejadian itu berlaku dan motifnya hanya dapat dikenal pasti selepas laporan bedah siasat diperoleh," katanya.

Insiden berdarah itu hanya disedari selepas anak-anak pasangan berkenaan pulang dan mengetuk pintu rumah berulang kali tanpa sebarang jawapan, sekali gus menarik perhatian jiran sekeliling.

Gelisah dan curiga dengan keadaan itu, jiran bertindak mengintai melalui tingkap sebelum terkejut melihat lelaki terbabit tergantung, manakala isterinya terbaring berlumuran darah di lantai.

Susulan itu katanya, laporan polis dibuat dan mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Raja Harish Chandra untuk proses bedah siasat.

Untuk rekod, pasangan terbabit meninggalkan dua cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia 13 tahun dan anak lelaki berumur 11 tahun.

Kedua-dua kanak-kanak itu tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku. -Agensi

Artikel Lain