suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tiba-tiba mengamuk, warga emas ditikam anak perempuan sendiri... Polis berjaya rampas tiga bilah pisau!

Mencederakan individu lain sehingga menyebabkan kecederaan boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berusia lingkungan 30-an ditahan selepas disyaki cuba membunuh bapa dan seorang lelaki lain menggunakan pisau dalam kejadian pada Khamis.

Menurut polis Jepun, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari apabila seorang penghantar barang menghubungi talian kecemasan 119 selepas melihat wanita itu mengamuk dan menikam dua lelaki.

Menurut Kyodo News, kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Kita Ward, Tokyo, Jepun.

Polis yang tiba di lokasi menjumpai kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat tikaman sebelum mereka dikejarkan ke hospital. 

Bagaimanapun, kecederaan dialami tidak mengancam nyawa manakala wanita terbabit ditahan bersama tiga bilah pisau.

Dia dipercayai menikam kaki kiri bapanya yang berusia lingkungan 60-an ketika lelaki itu memasuki ruang pintu masuk di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Seorang lagi lelaki turut ditikam di bahagian dada ketika cuba menghalang serangan tersebut. -Agensi

Artikel Lain