suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat rakam keindahan air terjun di Taman Negara berakhir tragedi, wanita maut tergelincir dari ketinggian 10 meter

Operasi menyelamat mengambil masa lebih dua jam untuk tiba di tempat mangsa terjatuh. -Gambar Thairath

HASRAT seorang wanita merakam keindahan air terjun bertukar tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter di Taman Negara Pha Taem, Ubon Ratchathani, Thailand.

Mangsa dikenali sebagai Wanwisa, 48, dipercayai tergelincir ketika sedang mengambil gambar pada pukul 4 petang, Jumaat. 

Susulan itu, anggota polis bersama kakitangan taman dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, operasi menyelamat tidak mudah apabila pasukan berkenaan terpaksa berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer melalui laluan hutan.

Perjalanan mengambil masa lebih dua jam sebelum mereka berjaya menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Usaha melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) turut dilakukan, namun mangsa gagal diselamatkan.

Menurut rakan-rakannya, Wanwisa datang dari Bangkok bersama sekumpulan 14 individu untuk mengunjungi taman negara tersebut. 

Ketua kumpulan memaklumkan mereka sudah beberapa kali berkunjung ke lokasi itu, menyebabkan mereka tidak mendapatkan khidmat jurupandu taman.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan turun ke kawasan tingkat kedua air terjun untuk mengambil gambar sebelum tergelincir dan terjatuh ke aras bawah dengan ketinggian melebihi 10 meter.

Proses membawa keluar mangsa turut berdepan kesukaran dan pasukan penyelamat hanya berjaya tiba di jalan utama selepas hari mulai gelap.

Mayat kemudian dihantar ke unit forensik Hospital Sunpasitthiprasong di Mueang Ubon Ratchathani.

Polis turut menghubungi keluarga mangsa sebelum mereka datang menuntut mayat untuk urusan pengebumian.-Agensi

Artikel Lain