suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menangis teresak-esak minta diselamatkan… Remaja perempuan bawah umur tak tahan dipaksa ‘puaskan’ bapa lalok!

Penjenayah yang membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur berdepan hukuman berat.

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bapanya sendiri selama kira-kira tiga tahun.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa menghubungi ibunya secara rahsia sambil menangis dan merayu agar diselamatkan.

Kejadian yang berlaku di Ubon Ratchathani, Thailand itu menyaksikan mangsa mendakwa gangguan seksual terhadapnya bermula sejak dia masih di bangku sekolah rendah, sebelum diperkosa apabila menginjak usia 12 tahun.

Lebih menyedihkan, suspek turut mengugut untuk menghentikan pembiayaan persekolahan mangsa sekiranya dia mendedahkan perbuatan itu kepada orang lain.

Menurut laporan media tempatan pada Khamis, ibu mangsa yang menetap di Ayutthaya mendapatkan bantuan Yayasan Pavena Hongsakul bagi Kanak-Kanak dan Wanita pada Isnin lalu.

Wanita itu memaklumkan bahawa dia dan suspek berpisah ketika anak mereka masih kecil sebelum mangsa dijaga nenek sebelah bapanya.

Suspek kemudian membawa mangsa tinggal bersamanya selepas dibebaskan dari penjara pada 2022, setelah menjalani hukuman selama lapan tahun atas kesalahan dadah.

Kejadian terbaharu yang didakwa berlaku terhadap mangsa dilaporkan pada 19 September lalu, sebelum lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di kediamannya pada Selasa.

Suspek didapati positif dadah dan turut berdepan pertuduhan berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang.

Sementara itu, mangsa kini ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan perubatan serta sesi temu bual bersama pakar perlindungan kanak-kanak.

Yayasan berkenaan turut merancang membantu mangsa dan ibunya pulang ke Ayutthaya selepas proses perundangan selesai. -Agensi

Artikel Lain