SEORANG lelaki didakwa mengupah dua individu untuk membunuh bapa kandungnya sendiri.Lebih kejam, dia turut mengarahkan mereka menjadikan isterinya sebagai 'kambing hitam' sekiranya ditangkap polis. Perbuatan suspek yang dikenali sebagai Subrat itu terbongkar selepas isterinya, Shalu, ditahan hampir tiga minggu atas dakwaan merancang pembunuhan bapa mentuanya, Vineet Minocha, di Kanpur, India.Vineet, 63, yang merupakan ahli perniagaan farmaseutikal, ditemukan mati di kediamannya pada 6 September lalu dengan 26 kesan tikaman.Berdasarkan laporan, polis pada mulanya menahan Shalu, 30, bersama dua lelaki, Vishal Gautam dan Raj Kishore, sehari selepas kejadian.Vishal yang merupakan bekas pekerja di farmasi milik mangsa mendakwa Shalu telah mengupahnya dengan bayaran 600,000 rupee (kira-kira RM25,490) untuk membunuh lelaki warga emas berkenaan.Shalu bagaimanapun bermati-matian menafikan penglibatannya dalam pakatan jahat itu.Susulan itu, siasatan berubah arah selepas suspek ditahan pada Khamis dan disoal siasat.Dia kemudiannya mendedahkan peranannya dalam pembunuhan mangsa selepas dipertemukan dengan dua orang lagi suspek yang ditahan.Meskipun pengakuan suspek direkodkan, namun isterinya masih berada di penjara sejak 7 September. Dalam pada itu, polis turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menilai semula peranan Shalu dalam kes itu sebelum memohon kepada mahkamah supaya namanya dibersihkan. -Agensi