MAYAT seorang wanita berusia 30 tahun ditemukan di dalam peti sejuk sebuah apartmen di Rodriguez, Rizal, Filipina, selepas pemilik rumah datang untuk mendapatkan tandatangannya bagi perjanjian sewa.Berdasarkan laporan, mangsa yang ditemukan pada 16 September lalu dilaporkan mempunyai kesan dipercayai akibat dicekik. Susulan penemuan tersebut, polis memfailkan pertuduhan samun dan bunuh terhadap seorang lelaki dikenali sebagai Dan Kenneth di Pejabat Pendakwa Raya Wilayah pada Khamis.Kenneth sebelum ini dikenal pasti polis sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan siasatan kes berkenaan.Menurut polis, tiga saksi menyatakan Kenneth ialah individu terakhir yang dilihat bersama mangsa sebelum wanita itu ditemukan meninggal dunia di apartmen berkenaan di Barangay San Jose.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari kawasan berhampiran lokasi kejadian dan beberapa tempat lain turut menunjukkan lelaki itu meninggalkan kawasan berkenaan.Ketua Polis Rodriguez, Leftenan Kolonel Arwyn Gaffud berkata, aduan jenayah terhadap Kenneth akan disemak dan dinilai oleh Pejabat Pendakwa Raya Wilayah.Polis turut menubuhkan pasukan siasatan khas yang dianggotai tujuh pegawai bagi menyiasat kes tersebut dengan lebih lanjut.Menurutnya, Kenneth juga mempunyai waran tangkap yang masih berkuat kuasa berkaitan kes samun di Parañaque City pada 2025, selain pernah dikaitkan dalam siasatan penculikan seorang warga China.Pasukan pengesan telah digerakkan untuk mencari Kenneth yang dipercayai mungkin bersembunyi di Metro Manila atau wilayah berhampiran.Motif sebenar pembunuhan itu belum dipastikan, manakala polis masih berusaha mengesan suspek. -Agensi