suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai polis Jepun kantoi rakam bawah skirt lima wanita, mengaku ‘fetish’ dengan pakaian dalam

Perbuatan merakam hingga mendatangkan aib kepada mangsa merupakan perbuatan jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG pegawai polis lelaki akan dihadapkan ke mahkamah selepas disyaki merakam pakaian dalam wanita secara sembunyi antara Mei hingga Jun lalu.

Menurut sumber, lelaki berkenaan meletakkan jawatan secara sukarela pada 3 September lalu selepas tindakan tatatertib dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut sebelum ini tidak dihebahkan kepada umum kerana polis berpandangan kes berkenaan tidak memenuhi kriteria untuk didedahkan.

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu antara 27 Mei hingga 1 Jun lalu dengan menggunakan kamera untuk merakam dari bawah skirt lima wanita.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Osaka, Jepun.

Perbuatan suspek terbongkar selepas seorang anggota polis di Osaka melihat sendiri suspek sedang merakam dari bawah skirt seorang wanita.

Susulan kejadian itu, kes berkenaan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Polis berkata, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Dia turut dipetik memberitahu polis bahawa perbuatan itu dilakukan kerana mempunyai 'fetish' terhadap pakaian dalam wanita.-Agensi

Artikel Lain