DISANGKA sekadar luahan kemarahan, ugutan seorang wanita untuk membakar rumah keluarganya berakhir tragedi selepas dua buah kediaman hangus dijilat api.Susulan itu, suspek berusia 23 tahun ditahan polis selepas disyaki membakar rumah yang didiaminya bersama ibu bapanya di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Menurut penduduk, wanita itu pada awalnya berselisih faham dengan bapanya beberapa hari sebelum kejadian dan didakwa nekad merealisasikan ugutannya.Kebakaran yang berlaku turut mengakibatkan rumah jirannya, Dedi Ladu, hangus."Kami tidak menyangka ugutannya untuk membakar rumah benar-benar berlaku. Akibatnya, rumah kami juga terbakar," katanya.Mengulas tentang kemalangan yang berlaku, Ketua Polis Cianjur, AKBP Alexander Yurikho Hadi berkata, suspek ditahan untuk disoal siasat bagi menentukan penglibatannya."Kami masih menyiasat untuk memastikan punca kebakaran. Terdapat kemungkinan dia sengaja membakar rumah ibu bapanya," katanya. -Agensi