SEBAHAGIAN besar jemaah wanita biasanya berasa kurang selesa dengan kehadiran lelaki walaupun masih kanak-kanak di ruang solat atau kawasan mengambil wuduk yang dikhaskan untuk mereka.Faktor utama ketidakselesaan ini sudah tentu berkaitan privasi, memandangkan golongan wanita perlu membuka tudung untuk mengambil wuduk atau membetulkan pakaian sebelum menunaikan solat. Di media sosial seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila mendakwa terdapat seorang lelaki sindrom down berada di kawasan wanita ketika dia singgah menunaikan solat di sebuah surau.Wanita amat menitik berat kepentingan menjaga aurat di hadapan lelaki. -Gambar hiasan AI"Beberapa hari lepas, aku singgah surau dekat sebuah pusat beli-belah. Masuk-masuk ada lelaki sindrom down, umur 20-an."Aku cakap elok-elok dengan kakak dia, boleh ke minta dia tunggu dekat luar? Yalah, kita nak buka tudung, nak ambil wuduk dan sebagainya. Kurang selesa kalau ada lelaki," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tengah solat hilang khusyuk, warga emas tak dikenali selamba dukung dan cium anak tanpa izinARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak tutup aurat” - Wanita berang lelaki terjah surau perempuan tanpa rasa bersalah, alasan nak panggil pasanganBagaimanapun, wanita itu mendakwa permintaannya ditolak oleh kakak kepada lelaki berkenaan atas alasan adiknya itu insan istimewa."Kakak dia jawab, tak mengapa dia sindrom down, jadi tak berdosa kalau tengok aurat. Aku pun malas nak gaduh. Buka dan pakai tudung dekat tempat wuduk je la," katanya.Namun, situasi menjadi lebih tegang apabila ibu kepada lelaki berkenaan turut memberikan reaksi beremosi selepas dimaklumkan mengenai teguran itu.Menurut pengadu, si kakak menceritakan tentang tindakannya menegur kehadiran lelaki istimewa itu kepada ibu mereka."Mak dia kata... sekarang siapa yang ada akal ni? Tak peka langsung suruh adik tunggu dekat luar. Aduhai, aku pula yang kena tak peka keadaan sekeliling," luahnya.Wanita kurang selesa lelaki sindrom Down berada di ruang solat khas wanitaTegur secara baik, minta lelaki berusia 20-an tunggu di luarKakak dakwa adiknya tidak berdosa melihat aurat kerana sindrom DownNetizen kongsi pandangan mengenai batas aurat dan privasi jemaah wanitaMufti Selangor jelaskan hukum bagi OKU bergantung tahap kefahaman dan keupayaan mentalRingkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu dengan pantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, di mana ramai menegaskan bahawa individu sindrom down tetap seorang lelaki yang mempunyai naluri semula jadi."Mereka lupa yang walaupun lelaki tu sindrom down, mereka ada nafsu juga apabila tengok perempuan. Mereka tetap lelaki."Aku pernah kena raba dengan lelaki macam ni, apabila aku jerkah dia... orang sekeliling pula yang marah aku," komen netizen.Sementara itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan hukum menutup aurat adalah menjadi kewajipan bagi individu yang baligh dan berakal. Namun, bagi orang kelainan upaya (OKU), hukum menutup aurat bagi mereka adalah bergantung kepada tahap kefahaman dan keupayaan mentalnya. "Nabi SAW menyuruh menutup aurat di hadapan orang yang buta, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah RA, bahawa dia menyatakan:Aku bersama Nabi SAW dan Maimunah, dan Abdullah ibn Ummi Maktum datang kepada kami dan hal ini berlaku selepas turunnya perintah kewajipan berhijab, maka Nabi SAW bersabda: “Tutuplah aurat kalian daripadanya”. Maka kami pun berkata: “Wahai Rasulullah SAW, bukankah dia itu buta dan tidak melihat dan mengenali kami?” Maka Rasulullah SAW berkata: “Adakah kamu berdua buta dan tidak melihatnya?” (Riwayat Abu Daud).