suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat ikhlas ajak anak-anak mandi kolam kondo, wanita terkejut kawan baik ‘ketuk’ RM100! - “Aku nak bayar yuran penyelenggaraan”

Segelintir individu tergamak mengambil kesempatan terhadap rakan baik sendiri. -Gamabr hiasan AI

SEORANG ibu pasti berasa gembira apabila dijemput meluangkan masa dan membawa anak-anak beriadah di lokasi selesa yang lengkap dengan pelbagai fasiliti.

Namun perasaan itu boleh bertukar menjadi tawar dan kurang senang apabila rakan yang menjemput tiba-tiba meminta bayaran, seolah-olah mereka mengunjungi sebuah taman tema berbayar.

"Anda yang tinggal di kondominium, kemudian ajak kawan yang ada anak-anak berenang di kolam tempat anda tinggal, ada minta bayaran ke?

"Kawan aku ajak pergi berenang di kondominium baharu dia, tetapi dia minta bayaran. Katanya untuk bayar kos penyelenggaraan kondominium," luahnya menerusi hantaran di Threads.

Kanak-kanak pasti teruja apabila berpeluang mandi di kolam renang. -Gambar hiasan AI

Kanak-kanak pasti teruja apabila berpeluang mandi di kolam renang. -Gambar hiasan AI

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia tertanya-tanya sama ada jemputan rakannya itu ikhlas daripada hati atau mempunyai niat tersembunyi.

Lebih mengecewakan, isu bayaran tersebut hanya dibangkitkan selepas dia dan anak-anak bersetuju untuk datang memenuhi jemputan itu.

"Pada mulanya dia tak beritahu pun nak kutip duit. Apabila kami dah setuju nak bawa anak pergi berenang, dia cakap... marilah bayar RM100, aku nak bayar yuran penyelenggaraan aku.

"Eh, kau yang meminta? Baik aku gunakan duit RM100 itu untuk bawa anak aku pergi bercuti," luahnya seolah-olah tidak berpuas hati dengan sikap rakannya itu.

  • Seorang ibu teruja apabila dia dan anak-anak dipelawa rakannya untuk berenang di kolam sebuah kondominium baharu.
  • Perasaannya bertukar kurang senang apabila rakannya tiba-tiba meminta bayaran RM100 bagi menampung kos penyelenggaraan kediaman tersebut.
  • Wanita itu terkilan kerana bayaran berkenaan hanya dimaklumkan selepas dia bersetuju menyertai aktiviti.
  • Dia menganggap jumlah RM100 tidak berbaloi memandangkan kemudahan kolam renang itu hanya dapat digunakan selama beberapa jam.
  • Netizen menyifatkan tindakan rakannya sebagai kedekut dan mengambil kesempatan, malah ada yang berkongsi pengalaman berdepan individu bersikap sama.

Pada masa sama dia turut mempersoalkan kewajaran bayaran tersebut memandangkan masa untuk menggunakan kolam renang di kondominium itu juga terhad.

Baginya, bayaran RM100 yang diminta rakan adalah tidak berbaloi.

"Berapa jam sangat dapat mandi di kolam renang dia tu," tambahnya yang menganggap bayaran dan tempoh penggunaan kolam tidak wajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan hati kering! Sanggup ‘call’ minta hantar ke ofis tapi tak hulur duit minyak, tol - “Pakai ‘branded’, Grab mahal kedekut”

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah rakan suka ajak 'lunch' luar tapi asyik tumpang kereta orang, beri bermacam alasan tak masuk akal

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya menganggap rakannya adalah kedekut dan ingin mengambil kesempatan.

"Saya ada kawan macam ni, setiap kali nak buat gathering atau potluck mesti suruh orang yang bawa itu ini, dia cuma sediakan air sirap.

"Orang yang sewakan fasiliti pun wujud ya. Jiran saya pernah jumpa 'orang tengah' yang siap buat bisnes guna fasiliti kondo.

"Kita yang duduk kondo pun, kalau ada tetamu nak datang, bagi saja datang... Siap masak-masak lagi untuk raikan mereka," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain