Segelintir anak muda masa kini semakin aktif menceburi bidang perniagaan secara langsung. -Gambar hiasan AI
NIAT baik seorang wanita membeli tiga bekas kek coklat lembap kerana kasihan kepada penjual muda bertukar menjadi situasi mencuit hati selepas dia menyedari sudah 'terkena' dengan permainan emosi remaja berkenaan.Mana tidaknya, hasrat untuk membantu itu bertukar menjadi kekaguman bercampur pasrah apabila peniaga terbabit mengeluarkan telefon bimbit yang jauh lebih mahal dan canggih berbanding miliknya sendiri. Lebih melucukan, pembelian secara spontan itu menyebabkan dia sendiri terpaksa 'gigit jari' kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar makanan yang dipesan."Ada seorang budak datang dekat aku nak jual kek chocolate moist, kebetulan aku tengah diet kurangkan gula.Menikmati hidangan kek lembab pada waktu malam dapat menghiburkan sesiapa sahaja. -Gambar hiasan AI"Jadi aku memang tak mahu beli. Tapi kemudian dia cakap... akak beli satu bekas je dah cukup bermakna bagi saya kak."Lepas aku dengar ayat dia tu, terus tak cakap banyak... okay bagi saya tiga, nak QR sebab tak ada tunai," ujarnya berkongsi situasi yang berlaku di Thread.Sebaik sahaja meminta kod QR untuk membuat pembayaran, dia kemudiannya terkejut apabila mendapati penjual muda terbabit dengan santai mengeluarkan sebuah iPhone 17 Pro Max dari poketnya.Seorang wanita membeli tiga bekas kek coklat lembap selepas tersentuh dengan rayuan penjual muda yang mendakwa satu pembelian sangat bermakna baginya.Wanita itu pada awalnya enggan membeli kerana sedang berdiet dan mengurangkan pengambilan gula.Dia terkejut apabila penjual berkenaan mengeluarkan iPhone 17 Pro Max untuk menerima pembayaran melalui kod QR.Pembelian tersebut menyebabkan wangnya tidak mencukupi untuk membayar makanan sendiri sehingga terpaksa meminjam daripada adiknya.Warga maya terhibur dengan kejadian itu selain mengingatkan bahawa sikap terlalu berempati dan pembelian impulsif boleh menjejaskan kewangan.Ringkasan ini dijana oleh AIMeskipun terkedu melihat peranti yang digunakan peniaga itu, dia secara berseloroh mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mudah berasa simpati hanya disebabkan pujuk rayu atau penampilan seseorang."Moral daripada cerita ini, jangan mudah kasihan sebab aku yang perlu lebih dikesiankan."Selepas beli kek coklat lembap dia, duit aku tak cukup nak bayar makanan. Nasib baik adik aku pinjamkan duit dia," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ini raih RM300 sehari berniaga soft cookies di sekolah... Tapi bisnes terbantut lepas ditegur ketua pengawasARTIKEL BERKAITAN: Wanita kesan wujud aktiviti guna pelajar IPT jual kek coklat cekik darah, harga tak masuk akal - “Kau salah jumpa orang dik”Perkongsian melucukan itu cepat meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya terhibur melihat nasib wanita berkenaan.Manakan tidak, niat asalnya mahu menjadi penyelamat, tapi akhirnya diri sendiri yang 'sesak'."Saya percaya dia (peniaga muda) tak berduit sebab kawan-kawan saya yang pakai model tu pun selalu pinjam duit orang."Mesti awak sedang termenungkan, niat nak cut sugar tu pun entah jadi ke tidak."Impulsive buying dan tinggi empati ni susah ya, memang cepat mufllis nanti," demikian reaksi netizen.