suria

Wanita kesan wujud aktiviti guna pelajar IPT jual kek coklat cekik darah, harga tak masuk akal - “Kau salah jumpa orang dik”

Seorang wanita sangsi dengan kumpulan pelajar yang menjual produk makanan pada harga mahal. -Gambar hiasan

MEMANG tidak dinafikan, rakyat Malaysia terkenal dengan sifat prihatin dan suka membantu orang lain.

Disebabkan itu ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini di Facebook.

Wanita bernama Saidatul Waheeda Abdullah 'membongkar' taktik segelintir individu yang cuba mengaut untung atas angin dengan menjual produk makanan dengan harga yang tidak munasabah.

Untuk menambat hati dan simpati orang ramai, modus operandi kumpulan ini biasanya menggunakan golongan muda yang akan mengakui mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi 'memancing' pelanggan.

"Anda pernah jumpa tak geng budak-budak muda lelaki atau perempuan, datang jual kek coklat moist sebesar bekas ini (gambar) dengan harga RM10 atau cookies sebalang kecil dengan harga RM20.

"Atas alasan mereka adalah pelajar jurusan usahawan, kena capai KPI jual produk baru layak dapat sijil keusahawanan.

kek 2

Lokasi tumpuan ramai dan tempat riadah lazimnya menjadi pilihan golongan peniaga atau penjaja. -Gambar hiasan

"Selalu saya akan jumpa mereka ni di tepi pantai awam seperti Port Dickson, Bagan Lalang, dekat tempat-tempat rekreasi di Janda Baik, dekat tempat healing Bukit Ampang.

"Kadang-kadang macam ganggu juga, kita tengah serabut nak set-up khemah, time tu la datang nak jual kek," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut wanita ini lagi, dia bukan tidak mahu membantu penjaja yang mengaku sebagai pelajar, namun harga produk makanan yang dijual langsung tidak masuk akal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seekor RM20 pun boleh untung bersih RM30” - Doktor tolong kira kos jual ayam goreng rempah, peniaga cerita realiti bisnes

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga jual burger biasa RM10, hanya ada sos banjir tanpa telur atau keju... Mat salih rasa kena scam

"Saya boleh support kalau produk tu berbaloi dengan harga, kek coklat moist sebekas ini anda jual RM10? Apakah matlamat sebenar pihak pengurusan yang manage mereka ni gamaknya.

"Konon nak support IKS dan nak support golongan belia yang tak ada kerja, disuruh jual kek.

"Tanpa sewa tapak, gerai atau kedai, anda cuma bawa bakul ada isi kek dan cookies then berjalan kaki dari seorang ke seorang, jual kek yang sebesar ini dengan harga RM10?

"Dah banyak kali saya jumpa group ni, sekarang makin bersepah dan banyak. Dalam keadaan ekonomi sekarang, tergamak anda ambil kesempatan jual kek macam ni dengan harga RM10," katanya lagi.

Dekat PD bersepah, walaupun ada rasa kesian terpaksa tolak tepi... mahal sangat.

NETIZEN

Tambah wanita ini lagi, berdasarkan pengalamannya dalam bidang perniagaan makanan selama 17 tahun, hasil keuntungan yang diperoleh oleh golongan berkenaan agak lumayan dengan hanya memancing simpati orang ramai.

"Kau salah jumpa orang dik, akak ni dah berniaga 17 tahun. Costing kek tu dalam poket akak je dik, korang tarik untung tak ingat-ingat ni.

"Saya nak siasat jap, siapa kepala utama untuk semua ini. Di mana semua duit keuntungan ni disalurkan? Benarkah pada IKS yang buat kek dan pada remaja-remaja yang jual kek ni?

"Atau siapa yang mereka kayakan di pihak pengurusan teratas?

"Kalau betul-betul dia memang nak bantu IKS, aku orang pertama akan hantar senarai IKS yang patut dibantu. Sebab di kedai saya saja ada ramai IKS yang saya bantu jualkan produk-produk mereka," kongsinya lagi.

komen kek

Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. -Gambar hiasan

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman 'terkena' dengan golongan yang menggunakan modus operandi yang sama.

"Lepak mamak selalu depa datang. Memang alasan dari kolej mana entah, program usahawan begitu begini. Pernah beli sekali je sebab konon nak bantu tapi itulah... Harga mahal, rasa out!

"Pernah juga jumpa tapi tak minat nak beli sebab saya biasa beli tiga bekas RM10.

"Dekat PD bersepah, walaupun ada rasa kesian, terpaksa tolak tepi. Mahal sangat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain