suria

Khairul Aming puji masakan kedai nasi berlauk di KB... Netizen pesan pemilik siap sedia, ramai nak serbu

Khairul Aming beramah mesra dengan pemilik kedai makan yang menyapanya.

PEMPENGARUH masakan terkenal, Khairul Aming sememangnya menjadi inspirasi seluruh rakyat Malaysia terutama golongan muda dan usahawan.

Tambahan pula, kejayaan demi kejayaan berjaya dilakarnya sejak bergelar usahawan Sambal Nyet.

Malah produk terbaharu Dendeng Nyet Berapi yang baru diperkenalkan terus menjadi buruan masyarakat sehingga mencatat nilai jualan sebanyak RM1.2 juta dalam masa tiga minit di TikTok.

Kedai makan yang 'dipromosikan' Khairul Aming secara tidak langsung.

Kedai makan yang 'dipromosikan' Khairul Aming secara tidak langsung.

Susulan populariti yang diterima, anak muda berusia 32 tahun ini sentiasa menjadi perhatian apabila berada di tempat awam.

Seperti video tular, dia dilihat sedang menikmati makanan di sebuah kedai di Kelantan sebelum ditegur seorang individu yang dipercayai pemilik premis tersebut.

Menariknya, Khairul Aming terus sahaja tersenyum dan bertegur lembut dengan individu yang menyapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ibu minta nasihat Khairul Aming, pesan anak muda tamatkan pelajaran dahulu

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming pecah rekod! Dendeng ‘sold out’ 3 minit 39 saat, jualan lebih RM1 juta

Malah dia mengaku merupakan pelanggan setia di kedai tersebut dan sudah beberapa kali makan di situ.

"Pelangge setio, doh brapo kali mari nih... keda sohor," ujarnya bersahaja.

Rakaman video yang dikongsikan pelayar TikTok @sudinkubis ini mendapat perhatian warga maya sehingga menjadi tular di beberapa platform media sosial lain.

Dah berapa kali dia pergi kedai ni, maknanya sedaplah tu.

WARGA MAYA

Rata-rata warga maya memuji Khairul Aming yang dikatakan humble dan mudah didekati ketika ditemui para peminatnya.

"Bagus Khairul Aming, walaupun orang berjaya... dia tak sombong, rendah diri. Makan pun tak perlu pilih-pilih tempat mewah.

"Antara lelaki Kelantan idaman. Bukan sebab harta tapi sebab akhlak dan adab.

Warga maya memberikan reaksi positif pada video tersebut.

Warga maya memberikan reaksi positif pada video tersebut.

"Sebab itu Khairul Aming berjaya, cuba tengok cara dia bercakap pun penuh adab dan sopan... tak sombong.

"Semakin dia berjaya, semakin dia ikut resmi padi," ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, warga maya turut mengingatkan pemilik kedai tersebut supaya bersedia seandainya mendapat perhatian masyarakat dan diserbu peminat Khairul Aming.

Tambahan pula pempengaruh tersebut secara tidak langsung memuji kedai makan berkenaan dengan menyatakan 'pelanggan setia'.

"Siap-siap bang, segala kelengkapan bila KA (Khairul Aming) dah datang ni confirm kena serbu

"Dah berapa kali dia pergi kedai ni, maknanya sedaplah tu," ujar beberapa pelayar TikTok lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!