suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairul Aming pecah rekod! Dendeng ‘sold out’ 3 minit 39 saat, jualan lebih RM1 juta

Khairul Aming berjaya menjual 80,000 unit dendeng pada Jumaat malam.

KHAIRUL Aming mengumumkan jualan produk keduanya, Dendeng Nyet Berapi sebanyak RM1.2 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia, pada Jumaat malam.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di Instagram selepas berjaya menjual 80,000 unit dendeng sehingga habis terjual dalam masa 3 minit 39 saat sahaja.

Menurut Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, produk kedua itu dilancarkan secara rasmi pada pukul 9 malam Jumaat selepas genap tiga tahun produk pertamanya, Sambal Nyet Berapi dijual.

Siapa sangka, dendeng yang dijual dalam pek berharga RM14.90 itu habis terjual dalam masa singkat.

Untuk rekod, sesi siaran langsung (live) di TikTok turut meraih lebih 3.3 juta jumlah tontonan yang diadakan sempena kempen jualan 2.2 TikTok Shop.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain