suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bilik darjah ‘port’ lampias nafsu... Ustaz didakwa lakukan amang seksual terhadap 3 murid

Amang seksual terhadap murid sekolah merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG guru agama sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Tawau atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas tiga muridnya.

Tertuduh disabitkan kesalahan itu yang dilakukan dalam kejadian antara September hingga November tahun lalu.

Sanyzam Dabal, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad, pada Jumaat.

Berdasarkan pertuduhan pertama, guru Pendidikan Islam itu didakwa melakukan amang seksual terhadap murid perempuan berusia 10 tahun di bilik darjah di sekolah tempat dia mengajar antara 20 Mac hingga 17 September 2023.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap murid perempuan Tahun Empat ketika sesi pembelajaran Pendidikan Agama Islam, pada 30 November 2023.

Sementara itu, pertuduhan ketiga menyaksikan tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi murid perempuan Tahun Empat ketika sesi pembelajaran Pendidikan Agama Islam, di bilik darjah, pada 17 September 2023.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan, ustaz tersebut berdepan hukuman dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam, Jhesseny P Kang.

Bagaimanapun, Suhaimi tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh selepas mengambil kira kesalahan tertuduh adalah serius.

Katanya, tertuduh seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa dan kerajaan untuk mendidik serta menjaga anak-anak ketika di bawah seliaan mereka.

Tambahnya, pendidik juga tidak seharusnya melakukan perbuatan terkutuk apatah lagi salah laku terhadap muridnya.

Selain itu katanya, tertuduh juga tidak tawarkan jaminan kerana terdapat kemungkinan akan melarikan diri selain potensi mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Peguam tertuduh merayu supaya anak guamnya diberi jaminan rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan, iaitu RM45,000 untuk tiga pertuduhan dan menetapkan 6 Mac depan bagi pengurusan dan sebutan semula kes.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain