suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarjan polis sekali lagi direman, terbabit kes rogol

Rogol merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

BARU sahaja ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat, anggota polis berpangkat sarjan sekali lagi direman di Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Jumaat.

Hakim Juraidah Abbas membenarkan permohonan reman selama satu hari terhadap lelaki berusia 42 tahun itu bagi membantu siasatan terhadap satu lagi kes rogol.

Reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju gelap dan berpelitup muka tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 8.30 pagi sebelum keluar dua jam kemudian dengan menaiki van polis.

Sementara itu, peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid ketika ditemui pemberita memaklumkan tempoh itu diberikan berikutan anak guamnya telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan yang dijalankan polis.

Pada 28 Januari lalu, anggota polis yang bertugas sebagai timbalan ketua balai itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dan direman sehingga Khamis.

Terdahulu, remaja berusia 16 tahun itu mendakwa dirinya dirogol anggota polis terbabit di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain