suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! 3 anggota tentera maut, trak bertembung lori berhampiran Guar Cempedak

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MALANG tidak berbau.

Demikian situasi yang berlaku dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera dengan sebuah lori Isuzu di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di Kedah pada Jumaat.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 10.20 pagi itu mengakibatkan tiga anggota tentera maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Mohd Fauzi Razali berkata, kesemua anggota tentera yang maut berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 10.22 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Awa Suziana Abd Wahid bersama 10 anggota dan bantuan enam anggota dari BBP Pendang tiba di lokasi.

"Terdapat empat kenderaan terbabit dalam kemalangan di lokasi yang membabitkan tiga trak tentera lima tan dan sebuah lori Isuzu," katanya.

Tambah beliau, terdapat empat mangsa termasuk pemandu lori Isuzu berusia 31 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Katanya, tiga lagi mangsa iaitu anggota tentera meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain