HAJAT seorang lelaki untuk menangkap ikan bertukar tragedi apabila mengalami kecederaan selepas lengan kanannya tertusuk anak panah. Kejadian berlaku di Kota Belud, Sabah, pada Khamis malam. Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.59 malam. Mangsa berusia 25 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan. "Seorang lelaki cedera tertusuk panah di lengan kanan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan. Mangsa kini berada di hospital. Beliau berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube