suria

“Mommy bangga pencapaian abang” - Ibu Zayn Rayyan ucap tahniah graduasi, foto konvo ‘bersama’ undang sebak

Gambar graduasi untuk arwah Zayn Rayyan yang dihadirinya pada Khamis.

MAJLIS graduasi pastinya menggembirakan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga yang meraikannya.

Namun, situasi berbeza dilalui ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh 6 Disember tahun lalu.

Menerusi perkongsian foto terbaharu, Ismanira Abdul Manaf menzahirkan ucapan tahniah kepada arwah anaknya sebagai tanda berakhirnya sesi prasekolah.

Ismanira bersama suaminya hadir pada Majlis Konvokesyen Pra Sekolah arwah Zayn Rayyan.

Ismanira bersama suaminya hadir pada Majlis Konvokesyen Pra Sekolah arwah Zayn Rayyan.

"Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan. Mommy bangga dengan setiap pencapaian abang.

"Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian abang, mommy tetap bangga," luahnya di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu izin ziarah pusara Zayn Rayyan tapi jangan buat perkara tak sepatutnya... Ada sebab batu nisan belum pasang

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu buaian di sekolah Zayn Rayyan bergerak sendiri, guru tak berani tegur! Staf kongsi kisah ‘cubit dan larikan diri’

Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada warga Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2) di atas jemputan ke majlis konvokesyen itu yang berlangsung pada Khamis.

Menurutnya, majlis yang dihadiri mewakili anak kesayangannya akan menjadi kenangan terindah buat mereka sekeluarga.

Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik foto suntingan yang memaparkan dirinya bersama Zayn Rayyan selepas graduasi.

"Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je," ujarnya.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Perkongsiannya itu meruntun hati warga maya dengan kebanyakannya mendoakan agar kes pembunuhan Zayn Rayyan mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Ya Allah sebaknya. Sebaya anak saya, kami turut rasa kehilangannya. Happy graduation day Zayn sayang. Al-Fatihah

"Pagi-pagi puan buat mata saya masuk habuk... semoga puan terus kuat.

" Tahniah adik Zayn... sebak aunty di pagi hari ni, ya Allah kau rahmatilah arwah adik Zayn di tamanMu dan kurniakanlah keadilan yang seadil-adilnya buat keluarga adik Zayn Rayyan," komen warga maya.

Untuk rekod, Allahyarham Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman di Damansara Damai, Selangor, pada pukul 10 malam, 6 Disember tahun lalu.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember lalu mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube