suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imigresen kerah anggota jejak 130 tahanan lolos dari Depot Bidor

Datuk Ruslin mengesahkan kejadian yang berlaku. -Gambar hiasan

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang giat menjalankan operasi bagi menangkap semula 130 tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor, Perak pada pukul 9.50 malam, pada Khamis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, keseluruhan tahanan yang melarikan diri adalah 131 orang, namun seorang daripadanya telah disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Susulan itu, katanya, seramai 275 anggota pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dikerahkan untuk mengesan tahanan tersebut.

Ujar beliau, 100 anggota yang terdiri daripada JIM dan PGA telah ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan.

"Pihak kami memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat terhadap tahanan yang melarikan diri ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor

(05-4348736), Balai Polis Bidor (05-4342222) atau Balai Polis Tapah (05-4011222)," katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod, Op Tutup dilancarkan di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi mengesan tahanan terlibat.

Difahamkan kesemua yang melarikan diri adalah etnik Rohingya dengan seorang dilaporkan maut dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain