suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kami hargai tapi...” - Anak kecewa Najib tak dapat pengampunan penuh

Nooryana membuat hantaran mengenai keputusan pengampunan Najib di Instagram.

ANAK kepada Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa kecewanya berikutan bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengampunan penuh untuk dibebaskan serta-merta.

Nooryana Najwa dalam satu hantaran di laman sosial berkata, ini kerana pihaknya dan ahli keluarga kekal dengan pendirian dan yakin bahawa bapanya tidak bersalah, sekali gus wajar dilepaskan dan dibebaskan.

"Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada enam tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.

"Mereka yang mengikuti kes SRC secara dekat sudah tentunya tahu dan bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lalu bahawa ketidakadilan yang besar berlaku ke atas Datuk Seri Najib dan keputusan yang betul ialah beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan," katanya menerusi hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib dapat pengurangan hukuman 50 peratus, bebas 23 Ogos 2028 jika bayar denda RM50 juta

Terdahulu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani Najib sejak 2022.

Pengurangan itu sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Berdasarkan pengumuman Lembaga Pengampunan yang dibuat pada Jumaat, Najib juga perlu membayar denda yang dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan daripada itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain