Kebanyakan jemaah yang pernah menunaikan umrah memasang niat untuk kembali menjadi tetamu Allah sekali lagi. -Gambar hiasan AI
PERANCANGAN seorang wanita untuk menunaikan umrah bersama suami pada hujung November ini bertukar menjadi detik sayu dan berbelah bahagi selepas hasrat tersebut dikongsikan kepada ibu bapanya.Menurut wanita itu, dia dan suami kini sedang sibuk membuat pelbagai persiapan serta menyelesaikan beberapa urusan berkaitan bagi melengkapkan segala keperluan sebelum berangkat ke Tanah Suci, sekiranya diizinkan Allah.Katanya, niat berkongsi berita itu timbul secara spontan apabila dia menghubungi bapanya di kampung untuk bertanya khabar, sebelum secara tiba-tiba terdetik untuk memberitahu mengenai perancangan umrah mereka. “Abah suruh aku habiskan cakap dulu. Kemudian lepas aku habis bercakap, abah sambung beritahu yang dia kurang bersetuju dengan perancangan aku.Setiap anak pastinya gembira apabila dapat berkongsi berita baik dengan kedua-dua ibu bapa. -Gambar hiasan AI“Abah cakap... cukuplah kau dah pernah pergi umrah sebelum ini, kumpul duit dulu bagi stabil. Mungkin lepas ini kau nak pergi haji pula,” katanya.Menurut wanita itu, ketika berbual dengan bapanya, dia turut mendengar suara ibunya yang berada di sisi dan seakan-akan bersetuju dengan pandangan tersebut.Selepas bapa memberikan telefon kepada ibunya untuk mereka pula berbual, wanita itu mengakui dia berasa takut untuk memberitahu sekali lagi mengenai perancangan umrah tersebut.Katanya, dia cuba berbual seperti biasa sebelum akhirnya memberanikan diri untuk menyatakan hasratnya pergi ke Tanah Suci bersama suami.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘panas’ suami asyik ungkit taja umrah setiap kali bergaduh, tak fikir panjang terus ‘transfer’ RM13,000 - “Aku tak hadap!”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tolak ajakan tunai umrah, dituduh benci keluarga mentua... Sebenarnya dah tak sanggup dengar suami ungkit fasal duit, dihina miskin"Mak cakap yang kalau dia jadi aku, dia akan kumpul duit untuk pergi haji. Kemudian mak kata okeylah dan nak matikan panggilan. "Lepas daripada panggilan tu, aku rasa terkesan sikit. Ikhlas daripada hati, aku nak pergi umrah untuk beribadah bukan kejar jumlah paling banyak pergi sana."Kalaulah boleh aku pergi sana diam-diam tanpa beritahu orang, aku dah lama buat. Tapi aku masih ada mak dan abah yang perlu diberitahu, kalau terjadi apa-apa," katanya lagi.Meskipun faham bahawa teguran itu terbit daripada niat murni ibu bapa yang mahukan dia dan suami mengutamakan simpanan demi ibadah haji, wanita ini tetap gagal menyembunyikan rasa ralat di dada.Baginya, berita gembira yang diharap dapat membahagiakan hati insan tersayang sebaliknya disambut dingin dan tidak seperti yang dibayangkan.Hasrat wanita pergi umrah bersama suami kurang dipersetujui ibu bapa.Abah dan mak nasihatkan wanita itu kumpul duit untuk menunaikan haji.Wanita terkesan apabila hasrat ke Tanah Suci tidak dapat reaksi seperti diharapkan.Hasrat kembali menunaikan umrah hanya kerana mahu beribadah.Netizen minta wanita teruskan umrah sambil membuat simpanan untuk haji.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya meminta dia melihat teguran ibu bapanya daripada sudut pandang yang berbeza."Puan ada keizinan suami dan sudah maklumkan pada ibu bapa. Pada pendapat saya, puan ulang saja umrah. Dalam masa sama, teruskan simpanan untuk buat haji."Mungkin mak abah tengok keadaan ekonomi awak tak kukuh? Kalau dah cukup simpanan haji minimum RM15,000 beritahu la mereka supaya tak risau. Umurah sunat sekali je seumur hidup," komen beberapa netizen.