suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alim depan Allah, tapi zalim dengan rakan sekerja… Pemuda tak tahan terpaksa ‘cover’ skop tugas senior pemalas!

Pekerja senior sepatutnya membimbing dan memberi teladan yang baik kepada junior. -Gambar hiasan AI

APABILA bekerja dalam sesebuah organisasi, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.

Namun, ada pula segelintir individu yang suka mengelak daripada melakukan tugasan sehingga membebankan rakan sekerja dan menjejaskan kelancaran operasi.

Menurut seorang pemuda, dia berang apabila terpaksa berdepan dengan rakan sekerja yang disifatkannya sebagai pemalas, meskipun perwatakan luarnya kelihatan sangat alim.

Sikap rakan sekerja juga boleh memberi tekanan kepada seseorang. -Gambar hiasan AI

"Ada kakitangan di tempat kerja aku. Solat tak tinggal, surah Kahfi ayat pertama dan 10 tak pernah tinggal.

"Hubungan dia dengan Allah, di mata aku memang nampak cantik. Tapi kerja malas, buat sambil lewa," dakwa pemuda itu.

Dakwa pemuda berkenaan, dia sering makan hati dan terbeban setiap kali ditugaskan dalam satu syif yang sama bersama individu terbabit.

  • Pemuda tular selepas kongsi cerita tentang rakan sekerjanya.
  • Dia mendakwa seorang senior tidak amanah jalankan tugas.
  • Dia mendakwa terbeban apabila mereka bergandingan satu syif.
  • Dia berkata senior itu merupakan seorang yang warak.

"Kerja kami ni, dalam setiap syif ada dua orang. Tapi rasa macam hanya seorang yang kerja. Dia tak amanah, tak bertanggungjawab dan suka susahkan orang lain.

"Dia tak boleh buat kerja lebih sikit. Nak kira macam mana ya manusia jenis ini? Dia mesti tahu apa maksud munafik kan?

"Macam mana nak nasihat? Umur dia 10 tahun lagi tua daripada aku. Umur 40 tapi tak bertanggungjawab dan pemalas," luah pemuda itu di Threads.

Tambah pemuda itu, rakan sekerjanya itu sebenarnya pernah ditegur oleh pihak penyelia, namun sikap buruk tersebut masih berlarutan dan tidak berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan bekerja, pemuda ‘slow learner’ tak tahan hari-hari kena marah dengan senior... Mengaku jenis manja

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu pejabat terdiam tengok aku“ - Bertanya sebab tak faham kerja, pelajar ‘intern‘ tahan malu ditengking pekerja senior

Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman senada selain memberi nasihat.

"Samalah di tempat kerja aku. Ada seorang staf tu dia duduk di surau dari Maghrib sampai Isyak. Memang bagus. Tapi kerja hakiki dia tinggal.

"Ibadah tu antara dia dengan Allah. Tapi bab kerja tu, jujur je la dengan dia. Boleh cakap terus dengan dia.

"Tiada kena mengena hal peribadi dan kerja. Ibadah antara dia dengan Tuhan. Bab kerja tu profesional, tegur je la secara profesional," tulis netizen.

Artikel Lain