suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rekod HKL kosong, kisah sedih tak sepadan! Doktor klinik swasta jadi detektif, terkejut bakal staf reka cerita kemalangan

Peluang pekerjaan yang diberi sepatutnya dihargai dengan penuh rasa tanggungjawab. -Gambar hiasan AI

BELUM sempat memulakan tugas, seorang wanita yang baru diambil bekerja sebagai pembantu klinik sudah mula menunjukkan 'belang' apabila tidak hadir pada hari pertama seperti yang dipersetujui.

Lebih mengejutkan, apabila dihubungi bagi mendapatkan kepastian, dia tergamak memberikan alasan terlibat dalam kemalangan ngeri bersama tunangnya yang didakwa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sikap tidak bertanggungjawabnya itu menyebabkan pihak klinik berkenaan berasa terkilan dan kecewa, seolah-olah peluang pekerjaan yang ditawarkan sekadar permainan.

Meluahkan rasa kesal, doktor yang mengendalikan sesi temuduga memberitahu bahawa jawatan itu sebenarnya diberikan atas dasar simpati selepas mendengar kisah kesusahan wanita terbabit.

Segelintir penemuduga mengambil calon atas rasa simpati. -Gambar hiasan AI

Segelintir penemuduga mengambil calon atas rasa simpati. -Gambar hiasan AI

"Saya bersimpati dan memberinya peluang. Saya terangkan gaji, waktu bekerja, skop tugas serta terma dan syarat. Kemudian dia bersetuju dan berkata... doktor, saya datang esok," ujarnya di Thread.

Bagaimanapun, wanita itu didakwa tidak muncul pada hari yang dijanjikan tanpa memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak klinik.

Susulan itu, dia dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan tawaran kerja yang diberikan.

Namun malangnya, panggilan tersebut dijawab oleh seorang individu lain yang memperkenalkan diri sebagai kakaknya.

  • Seorang wanita didakwa tidak hadir pada hari pertama bekerja sebagai pembantu klinik selepas diberikan peluang atas dasar simpati.
  • Individu yang memperkenalkan diri sebagai kakaknya mendakwa wanita itu terbabit kemalangan teruk bersama tunang yang dikatakan meninggal dunia.
  • Doktor berkenaan mendakwa semakannya mendapati tiada rekod hospital yang sepadan, malah tunang wanita itu masih hidup.
  • Kecewa dengan kejadian itu, doktor meminta bakal pekerja berterus terang sekiranya tidak mahu menerima tawaran kerja.
  • Doktor itu berseloroh bahawa dia memerlukan pembantu klinik, bukannya kerja sampingan sebagai penyiasat.

"Kakaknya cakap yang dia dan tunang kemalangan teruk, kedua-dua mereka dibawa menaiki ambulans ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tunangnya mati," ujarnya berkongsi maklumat yang diterima.

Tergamam dan bimbang dengan khabar duka tersebut, selaku petugas perubatan, doktor ini mengambil inisiatif membuat semakan lanjut mengenai insiden berkenaan.

Tambahan pula, dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan cerita yang dikongsikan.

Susulan semakan yang dilakukan, dia mendapati tiada rekod hospital yang sepadan dengan cerita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama masuk kerja lepas cuti bersalin, terkedu HR beri 'hadiah' PIP - "Bukan permulaan baik untuk tahun baharu"

ARTIKEL BERKAITAN: Rosak 'mood' hari pertama masuk kerja, akak senior tegur mekap tebal... Tak puas hati, tengah hari ulang teguran sama

"Kalau tak mahu kerja, cakap sahaja. Tak perlu buat cerita kemalangan, ambulans atau seseorang mati kerana tak mahu kerja," luahnya meluahkan rasa kesal terhadap alasan yang didakwa diberikan.

Meskipun terkesan dengan sikap individu tidak bertanggungjawab itu, dia dalam nada berseloroh berkata, urusan mengendalikan klinik sudah cukup mencabar tanpa perlu mengambil peranan tambahan untuk menyiasat cerita bakal pekerja.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati.

"Menguruskan pekerja adalah perkara yang paling menyeramkan dalam bisnes.

"Sedihnya sebab ramai yang terdesak mahukan kerja tapi mereka yang ada peluang tidak menghargainya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain