suria

Hari pertama masuk kerja lepas cuti bersalin, terkedu HR beri 'hadiah' PIP - "Bukan permulaan baik untuk tahun baharu"

Segelintir wanita perlu memilih antara kerjaya dan keluarga. -Gambar hiasan AI

KEGEMBIRAAN seorang ibu untuk kembali bertugas selepas tamat tempoh cuti bersalin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia diletakkan di bawah Pelan Peningkatan Prestasi (PIP).

Lebih menyedihkan apabila situasi tersebut berlaku pada awal tahun baharu.

Meluahkan kesedihan di media sosial, ujar wanita ini, PIP tersebut diberikan pada hari pertama dia kembali bertugas.

Perubahan hormon sering mempengaruhi wanita selepas bersalin. -Gambar hiasan AI

Wanita lepas bersalin akan mudah rasa sedih dan kecewa. -Gambar hiasan AI

"Hari pertama selepas 98 hari cuti bersalin, aku dapat PIP dari Jabatan Sumber Manusia (HR) dan orang atasan aku.

"Bukan satu permulaan yang baik selepas cuti panjang, dan bukan permulaan yang baik untuk tahun baharu," luahnya di Thread.

Mengakui rasa terkilan dengan situasi yang berlaku, dia turut kecewa apabila mengetahui dua daripada lima kriteria pelan prestasi yang diberikan bukan di bawah skop kerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Resign’ lepas cuti bersalin, wanita teruk dimaki! Bos haramkan bonus dan gaji, ‘ditahan’ selagi tak dapat pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Bos busuk hati staf cuti bersalin, arah pergi kursus lepas habis pantang... Tak layan pekerja lain sukarela mahu ganti

"Dua daripada lima item yang disenaraikan dalam PIP itu pun tidak relevan dengan skop kerja yang ditugaskan kepada aku.

"Aku tak tahu nak rasa apa. Marah, kecewa, sedih, down... tapi aku akan usaha selesaikan PIP ni sedaya upaya aku," luahnya lagi.

Bagi wanita ini, dia yakin bahawa setiap rezeki yang hadir tidak pernah tersalah alamat.

  • Ibu terkejut terima PIP pada hari pertama kembali bekerja selepas cuti bersalin.
  • PIP diterima selepas 98 hari bercuti, disifatkan permulaan tahun yang menyedihkan.
  • Dia dakwa dua daripada lima kriteria tidak relevan dengan skop tugasnya.
  • Tetap mahu berusaha walau tertekan dan perlu menanggung keluarga.
  • Netizen simpati, nasihat simpan bukti dan fahami hak pekerja.

"Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Doakan aku korang," katanya sambil menyatakan dia perlu bersabar kerana terpaksa menjadi tulang belakang keluarga susulan suaminya bakal memulakan rawatan dialisis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan menyifatkan tindakan syarikat tersebut sebagai tidak bertimbang rasa terhadap pekerja yang baru sahaja kembali dari cuti bersalin.

Antara pengalaman netizen.

Antara pengalaman netizen.

Malah, ada juga yang menyarankan agar wanita itu mendokumentasikan segala bukti sekiranya berlaku sebarang penganiayaan di tempat kerja pada masa hadapan.

"Document everything dan penuhkan diri awak dengan pengetahuan, jangan tandatangan atau hantar surat peletakan jawatan.

"Ambil dari sudut positif yang syarikat masih mahu awak dan jadikan awak pekerja terbaik mereka.

"Bukan nak takutkan tapi sebelah kaki memang confirm dekat luar apabila dapat notis PIP ni," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain