suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau dah boleh berambus!” - Lepas dapat cucu, mentua senang-senang ‘buang’ menantu

Bukan semua wanita bertuah memiliki hubungan mesra bersama ibu mentua. -Gambar hiasan AI

MEMAAFKAN seseorang bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila luka lama masih terasa pedih meskipun hubungan yang pernah renggang kini kelihatan kembali pulih.

Itulah dilema yang terbuku di dada seorang wanita apabila mengakui masih sukar untuk mengikhlaskan hati terhadap ibu mentuanya, walaupun mereka kini sudah berbaik selepas empat tahun dia mendirikan rumah tangga.

Menurut wanita itu, konflik antara mereka tercetus sebelum dia berkahwin empat tahun lalu apabila ibu mentuanya berkecil hati kerana tidak diajak membeli cincin pertunangan.

Memaafkan insan yang pernah melukakan hati secara sengaja bukanlah satu hal mudah. -Gambar hiasan AI

"Sekarang mak mentua baik je dengan saya. Cuma dulu masa sebelum kahwin ada sikit salah faham antara kami. 

"Jadi sepanjang tempoh nak berkahwin tu macam-macam dia cakap dekat famili dan saya. Walaupun saya sudah lama berkahwin, tetap tak boleh lupa," ujarnya mengimbas kembali memori pahit itu.

Lebih menyedihkan, luka di hatinya makin mendalam apabila ibu mentua langsung tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka.

"Apabila terkenang perkara-perkara lama tu, rasa berat sangat. Sekarang kami dah jarang berjumpa. Tapi apabila nak kena jumpa tu, rasa benci sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu letak syarat jaga ibu mentua kena strok, minta RM3,000 sebulan... Bukan berkira tapi ada sebab letak bayaran

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua layan menantu macam ‘kain buruk’, ugut cari isteri baru untuk anak jika gila meroyan dalam pantang!

"Masa saya bersalin anak pertama dia siap cakap... kalau aku duduk sini, kau dah boleh berambus dah. Aku je jaga anak kau. Dia cakap macam tu sebab duduk negeri lain.

"Saya benci sangat ayat tu sebab bagi saya, kenapa pula kena berambus sedangkan tu anak saya. Sampai sekarang saya benci setiap kali dia tanya pasal anak," ceritanya lagi.

Enggan terus dibelenggu emosi dendam dan rasa tidak tenteram, wanita ini akhirnya tampil meminta pandangan ramai mengenai cara terbaik untuk mencari ketenangan hidup tanpa perlu menyimpan benci terhadap mentuanya.

  • Empat tahun berlalu, luka lama masih sukar dilupakan.
  • Salah faham sebelum kahwin jadi punca hubungan renggang.
  • Mentua turut tidak hadir ke majlis perkahwinan.
  • Kata-kata ketika bersalin masih terngiang hingga kini.
  • Wanita mahu hidup tenang tanpa terus membenci mentua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati malah menyarankan agar wanita berkenaan tidak perlu memaksa diri menjernihkan hubungan.

"Tak salah untuk cut off orang yang macam ni. Hanya sebab dia mak kepada suami awak, tak bermaksud dia boleh sesuka hati cakap yang bukan-bukan.

"Lebih baik jumpa masa ada hal penting saja," kata netizen itu memberi cadangan kepada wanita ini.

Artikel Lain