suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dengar bisikan, dapat ‘ilham’ ada kematian... Wanita dakwa terima isyarat 3 ahli keluarga bakal dijemput ajal

Sebagai umat Islam, fokus utama perlulah diberikan kepada persiapan amalan kerana ajal boleh datang secara tiba-tiba. -Gambar hiasan AI

SETIAP manusia pasti akan berdepan dengan kematian, namun di mana dan bila waktunya akan tiba kekal menjadi rahsia Allah yang tidak diketahui sesiapa.

Namun begitu ada segelintir individu mendakwa pernah menerima petunjuk atau merasai perubahan aneh pada diri seseorang sebelum insan tersayang dijemput Ilahi.

Menurut perkongsian seorang wanita, dia sendiri pernah menerima petunjuk aneh sebelum berlakunya kematian ahli keluarganya.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan AI

"Tak tahulah kalau nak kata saya ni ada kebolehan istimewa atau tidak. Masa umur 19 atau 20 tahun, saya dengar suara berbisik menyebut datuk sebelah ayah ada 100 hari lagi untuk hidup.

"Ternyata memang benar dia meninggal. Lepas tu arwah nenek pula. Saya dapat rasa yang arwah nak meninggal dalam masa terdekat. Dalam dua minggu, ia benar-benar berlaku," dakwanya.

Tidak terhenti di situ, dia juga mendakwa didatangi kelibat arwah neneknya beberapa jam sebelum datuknya meninggal dunia.

  • Wanita dakwa diberi petunjuk sebelum kematian ahli keluarganya.
  • Dia mendakwa sudah tiga kali terima petunjuk sebelum kematian.
  • Wanita itu tidak pasti sekiranya dia mempunyai kelebihan istimewa.
  • Beberapa netizen mendakwa mereka juga pernah alami perkara sama.

"Lagi satu kejadian babitkan arwah datuk sebelah mak pula. Dia masuk wad. Pukul 4 pagi saya bangun baca Yasin di rumah. Saya nampak arwah nenek berdiri depan sejadah.

"Saya dapat rasa yang dia nak pergi. Pukul 9 pagi macam tu dapat berita datuk dah meninggal. Cepatnya Allah ambil dia.

"Saya anggap ini mesej daripada Allah. Ada orang percaya, ada yang tak percaya. Terpulang pada diri masing-masing," kongsinya lagi di aplikasi Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat masak, jamu selera sebelah mayat... Suami potong jari, simpan kepala isteri dalam peti sejuk akibat cemburu!

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit hadapi detik sakaratul maut tanpa waris di katil hospital... Rupanya kifarah hitam yang disimpan rapat sejak muda!

Menurut netizen di ruangan komen, mereka juga pernah menerima petunjuk sebelum mendapat khabar kematian ahli keluarga.

"Pernah mimpi abah meninggal. Bangun tidur saya menangis teresak-esak. Sebulan kemudian, abah meninggal sebab sakit. Sebak apabila ingat mimpi tu.

"Aku mimpi gigi patah. Masa tu mak kena masuk wad sebab nak buat pembedahan. Seminggu kemudian, mak meninggal," tulis netizen.

Sebagai peringatan bersama, kematian adalah sebahagian daripada ilmu ghaib yang menjadi rahsia mutlak Allah SWT.

Umat Islam dinasihatkan agar tidak terlalu sibuk meneka atau mencari-cari tanda kematian.

Sebaliknya, fokus utama perlulah diberikan kepada persiapan amalan kerana ajal boleh datang secara tiba-tiba tanpa memberikan sebarang petunjuk fizikal terlebih dahulu.

Artikel Lain