suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dekat Malaysia je macam ni!” - Bimbang timbul niat tak baik, wanita malu tengok patung berpakaian dalam di tengah ‘mall’

Segelintir pengunjung berasa tidak selesa apabila melalui ruang pameran pakaian dalam secara terbuka. -Gambar hiasan AI

SABAN hari, pusat beli-belah sentiasa dibanjiri pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mahu bersiar-siar mahupun meluangkan masa bersama keluarga.

Maka tidak hairanlah apabila ruang legar pusat beli-belah sering dijadikan tapak jualan terbuka jika sesuatu jenama atau outlet mahu melakukan promosi dan tawaran menarik untuk pengunjung.

Namun kaedah itu adakalanya menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pengunjung terutama barangan yang dipamerkan itu melibatkan pakaian dalam.

Barangan mahupun jenama yang mempunyai promosi akan diletakkan di bahagian ruang legar pusat beli-belah. -Gambar hiasan AI

"Dekat Malaysia saja kebanyakan pusat beli-belah suka buat promosi pakaian dalaman wanita di tengah-tengah main concouse," ujarnya di Thread.

Dalam masa sama dia mempersoalkan kewajaran mempamerkan pakaian dalam wanita di kawasan laluan umum yang dianggap keterlaluan dan mengundang fikiran negatif segelintir individu. 

"Bukan ke ini boleh menimbulkan sesuatu yang tak baik kepada minda dan perasaan?" soalnya.

  • Seorang wanita mempersoalkan tindakan pusat beli-belah memaparkan promosi pakaian dalam wanita di ruang legar utama.
  • Menurutnya, paparan terbuka itu boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada pengunjung yang datang bersama keluarga.
  • Dia turut bimbang promosi berkenaan boleh mengundang fikiran dan perasaan negatif dalam kalangan segelintir individu.
  • Wanita itu secara peribadi berasa malu apabila melalui kawasan tersebut kerana pakaian dalam dianggap sebagai barangan intim.
  • Bagaimanapun, netizen berpendapat isu itu bergantung kepada pemikiran individu dan paparan pakaian dalam tidak sepatutnya menggugat iman seseorang.

Malah secara peribadi, dia mengaku berasa malu setiap kali berjalan berhampiran kawasan promosi tersebut kerana berpendapat barangan peribadi sepatutnya dijual secara tertutup di dalam premis.

"Saya secara peribadi rasa malu apabila lalu di sebelah benda-benda ini. Jual sajalah di dalam kedai... ia merupakan barangan intim," tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut akhirnya membuka ruang perbincangan panas dalam kalangan netizen mengenai kesesuaian lokasi serta etika promosi barangan intim di kawasan terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Katanya bini dia saiz macam kita” - Pembantu jualan meremang layan pelanggan lelaki masuk kedai bra, mata meliar!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis pelik rakan sebilik masih pakai ‘sports bra’ untuk remaja, anggap bukan perkara normal - “Dah masuk universiti kot”

Walau bagaimanapun, majoriti netizen kurang bersetuju dengan pandangan wanita itu dan menganggap hanya individu berfikiran 'kotor' sahaja yang akan merasakan pakaian dalam menaikkan syahwat.

"Takkanlah awak otak kuning sangat kot, takkanlah pakaian dalam macam ni boleh naikkan syahwat?

"Kalau tengok seluar dalam pun tergugat iman, rasanya orang tu tak sesuai bercampur dengan khalayak ramai," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain