Wanita Islam dituntut menjaga tingkah laku dan memelihara batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram. -Gambar hiasan AI
KEHIDUPAN di rumah sewa menuntut setiap penghuni untuk saling menghormati dan bertolak ansur bagi memastikan suasana kekal harmoni tanpa sebarang pergolakan.Namun menurut seorang wanita, pengalaman tinggal sebumbung dengan penyewa berpurdah menjadi kenangan kurang menyenangkan selepas mendakwa individu berkenaan bersikap hipokrit. "Pertama kali duduk serumah dengan orang berpurdah. Tuan rumah tetapkan peraturan kena balik sebelum pukul 10 malam. Penghuni rumah sewa perlu mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati. -Gambar hiasan AI"Satu hari tu, aku balik pukul 10.30 malam sebab kerja lebih masa. Aku terus kena tegur dengan wanita berpurdah tu," ujarnya memulakan cerita.Menurut pengadu, wanita berpurdah itu kemudiannya turut melakukan perkara sama, namun mula berdolak-dalik apabila ditegur tentang peraturan rumah sewa mereka."Seminggu kemudian, boleh pula dia keluar malam-malam dan balik pukul 3 pagi. Aku perhati je sikap dia.Penghuni rumah sewa kongsi cerita tentang seorang wanita berpurdah.Dia mendakwa ditegur wanita berpurdah itu kerana balik lebih pukul 10 malam.Dia geram kerana wanita berpurdah itu hipokrit dan turut melakukan perkara sama.Penghuni itu tegur wanita berpurdah berkenaan dan minta dia jangan jaga tepi kain orang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apabila aku tegur dia tentang peraturan tu, muka dia macam malu gila. Dia jawab teman lelaki dia marah kalau tak ikut cakap."Dia kata kena keluar juga, kalau tak... teman lelaki mengamuk. Terus aku pesan suruh dia jaga diri dan jangan sibuk hal orang," cerita wanita itu lagi.Perkongsian yang dibuat menerusi aplikasi Threads itu meraih lebih 7,000 tanda suka dan turut dihujani komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Awak, tak apa saya bayarkan...” - Wanita berpurdah muncul saat gadis ini buntu, rupanya balasan bantu abang motor hari sebelumnyaARTIKEL BERKAITAN: Calit sedikit mekap terus disuruh pakai purdah! Wanita hilang keyakinan diri lepas kahwin, suami tak izin melaram luar rumah"Kepada yang berpurdah, tolonglah jangan bagi imej buruk kepada golongan berpurdah. Tolonglah bersikap sewajarnya seperti orang berpurdah."Sekarang orang pakai purdah sebab fesyen. Jadi tak pelik kalau yang berpurdah tapi perangai tak melambangkan pakaian."Orang berpurdah dan bertudung labuh pun manusia biasa. Yang bezanya takwa. Kalau dia takut Allah, dia tak buat perkara tak elok," tulis netizen.