suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Repost’ menu air tangan isteri di media sosial, lelaki jadi bahan gelak kawan-kawan... Dianggap buat sebab takut bini

Rakan sekerja sepatutnya tumpang gembira dengan kebahagian ditunjukkan pasangan sudah berkahwin. -Gambar hiasan AI

MEMILIKI pasangan yang menghargai setiap usaha dilakukan pastinya menjadi kebahagiaan buat seseorang dalam rumah tangga.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa bengang apabila suaminya menjadi bahan sindiran rakan-rakan kerana berkongsi semula hantaran (repost) masakan hasil air tangannya di media sosial.

Jelasnya, si suami sering repost Instastory memaparkan menu masakan disediakan olehnya, namun ada rakan yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu memalukan.

"Rakan sekerja perli suami aku depan orang lain sebab dia selalu post balik masakan aku. Ada sesetengah kawan dia cakap kalau aku, aku malu nak buat macam tu.

Suami atau isteri pastinya mempunyai cara tersendiri menghargai usaha pasangan. -Gambar hiasan AI

"Ya Allah, kesiannya bini-bini kawan suami aku tu dapat pasangan otak begitu," ujarnya dalam hantaran di Threads.

Tidak hanya itu, ada juga yang mendakwa suaminya takut kepadanya sehingga sanggup berkongsi semula hantaran tersebut.

Wanita itu bagaimanapun berang dengan sikap rakan-rakan suaminya yang disifatkan tidak memahami perbezaan antara rasa malu dan bangga terhadap pasangan.

"Rakan-rakan dia cakap yang suami takut dengan saya sebab tu suami repost. Mereka tak tahu beza malu dengan bangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buang bekal makanan, stres isteri masak tak sedap... Paling ‘turn off’ buka bekas nampak nuget dan sosej!

ARTIKEL BERKAITAN: Asam garam 14 tahun hidup PJJ... wanita ini masih gigih sediakan bekal buat suami, pernah sendirian saat 3 anak masuk wad serentak

"Saya cakap semula dekat suami yang kawan-kawan dia cakap macam tu sebab nak sedapkan hati je. Padahal mereka teringin nak rasa masakan isteri sedap setiap hari.

"Agaknya kalau mereka ni nak makan sedap kena pergi kedai Mek (gerai makan menu Kelantan) mungkin," katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pandangan serta menyifatkan tindakan suami wanita itu sebagai tanda penghargaan terhadap usaha isterinya.

  • Suami bangga kongsi masakan isteri, rakan pula perli.
  • Repost menu isteri, suami dituduh takut bini.
  • Tak malu, suami sebenarnya bangga dengan air tangan isteri.
  • Kawan perli suami kongsi masakan isteri, isteri pula berang.
  • Bangga dengan masakan isteri pun jadi bahan sindiran.

"Eleh, cemburu la tu ada orang masakkan. Yang perli tu ada masalah hati, entah-entah tak dimasakkan.

"Itu kawan toksik namanya. Saya ada kawan kerja dulu, dia selalu post apa yang bini dia masak. Seronok saja tengok.

"Kalau isteri masak dan suami bangga nak share, apa yang nak dimalukan? Bagi aku itu tanda dia hargai usaha isteri.

"Yang pelik bila orang lain pula rasa tercabar dengan kebahagiaan rumah tangga orang," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain