suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunggu hari nak pencen, pekerja senior terkial-kial guna ‘Microsoft Word’ menggatal dengan pelajar praktikal - “Dia suruh panggil abang”

Tempat kerja sepatutnya menjadi zon selamat untuk semua orang, khususnya golongan wanita. -Gambar hiasan AI

SIKAP segelintir lelaki yang gemar berborak lucah pastinya boleh menimbulkan rasa tidak selesa orang sekeliling.

Menurut seorang gadis, dia juga pernah berdepan pengalaman itu ketika menjalani latihan industri di sebuah syarikat.

Lebih menjijikkan, dia mendakwa salah seorang pekerja senior yang gemar berborak lucah itu sudah lanjut usia dan sedang menanti hari untuk bersara.

Gangguan seksual di tempat kerja boleh menyebabkan mangsa takut untuk datang ke pejabat. -Gambar hiasan AI

"Aku memang tak boleh terima sikap beberapa pekerja lelaki di syarikat itu yang suka gurau lucah. Tapi ada seorang ini, dia tunggu masa je nak pencen.

"Guna perisian 'Microsoft Word' pun terkial-kial, tapi gatal. Masa mula-mula jumpa, dia suruh aku panggil abang. Ingatkan gurau, rupanya dia serius," ujarnya.

Tambah gadis itu, pekerja senior itu juga pernah menganggunya walaupun dia sudah menamatkan latihan industri dari syarikat berkenaan.

  • Gadis dakwa pernah diganggu pekerja senior ketika menjalani praktikal.
  • Dia mendakwa beberapa kakitangan lelaki gemar berborak perkara lucah.
  • Salah seorang pelaku merupakan pekerja senior yang sudah hampir pencen.
  • Dia mendakwa masih diganggu walaupun sudah tamat latihan industri.

"Ada satu hari tu, masuk mesej WhatsApp. Aku ingatkan bekas teman lelaki yang mesej. Esoknya dia hubungi aku. Rupanya pekerja senior tu.

"Lepas tu aku bagi alasan mak panggil, kemudian aku sekat nombor telefon dia," imbas gadis itu lagi.

Di ruangan komen, beberapa lagi pelayar Threads turut berkongsi pengalaman mereka diganggu senior yang gatal ketika menjalani latihan indsutri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ malu penyelia lelaki tegur badan berbau busuk, rakan-rakan pun tak pernah ‘complaint’ - “Mulut mereka lagi lancang”

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut Gen Z anak orang kaya! Wanita tegur pelajar ‘intern’ cipta budaya bagi hadiah satu pejabat

"Tahun lepas saya pun kena macam ini sewaktu praktikal. Siap kena pegang tangan dengan bahu.

"Saya pun tengah praktikal. Ada seorang pakcik gatal. Dia kata kalau tak kahwin lagi, dia pilih saya jadi isterinya.

"Ada satu kes di tempat kerja saya. Budak praktikal melayan penyelia umur 40 tahun. Penyelia tu pula memang gatal," tulis netizen.

Artikel Lain