MELAKUKAN kebaikan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar adalah tuntutan asas dalam Islam dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.Setiap kebaikan juga pastinya akan dibalas dengan cara tidak disangka-sangka sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak. Seperti dialami seorang wanita, dia melalui pengalaman mendapat balasan atas kebaikan dilakukan tidak sampai 24 jam. Katanya, kejadian pertama berlaku ketika dia mahu masuk ke kawasan parkir motosikal di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.Tidak rugi berbuat baik sesama manusia terutama ketika mereka berada dalam kesusahan. -Gambar hiasan"Ada seorang abang ni tak lepas masuk sebab dalam kad dia tiada duit. Jadi dia punca ramai beratur panjang sebab tak boleh masuk parkir."Dia cuma ada tunai je, sebab kasihan dan faham situasi duit tiada dalam bank, aku terus hulur kad Touch n Go aku dekat dia," katanya.Lelaki tersebut berulang kali mengucapkan terima kasih dan mahu membayar semula, namun wanita itu menolak kerana caj parkir hanya akan ditolak ketika keluar nanti."Aku suruh dia pakai je kad itu, ada baki dalam RM20 lagi. Nanti dah habis duit dalam tu aku akan terminate. Lagi sekali dia berterima kasih sebab dia serba salah nak ambil kad tu.ARTIKEL BERKAITAN: Tahu ada kereta sedang tunggu nak masuk, sengaja lengah keluar parkir - "Masa tu la nak pakai gincu, bersembang"ARTIKEL BERKAITAN: Depan rumah jadi ‘port’ parkir kereta, wanita hilang sabar jiran pentingkan diri - “Kenapa ada manusia bodoh?”“Semoga murah rezeki abang tu. Kita faham sangat bila tengah tak ada duit,” katanya.Namun, kisah itu tidak terhenti di situ apabila keesokan harinya wanita tersebut berdepan masalah ketika mahu pulang dari kerja."Aku pergi kerja naik Transit Aliran Ringan (LRT) dan parkir pun dekat situ. Masa nak balik tu aku tak boleh buat pembayaran."Asyik gagal jer, aku jadi makin tertekan orang belakang aku dah beratur panjang. Lepas lima minit aku cuba tak lepas-lepas," katanya. Wanita pinjamkan kad Touch ‘n Go kepada lelaki tak cukup baki parkir.Dia tolak bayaran semula kerana mahu ikhlas membantu.Esoknya, kadnya pula gagal bayar parkir LRT.Seorang wanita berpurdah tampil bayarkan caj.Dia percaya kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, tiba-tiba seorang wanita berpurdah yang berada di barisan lain menghampirinya dan menawarkan bantuan.“Awak, kenapa tak lepas? Tak apa saya bayarkan,” kata wanita berpurdah tersebut sebelum terus membuat bayaran menggunakan kadnya.Walaupun mahu menggantikan semula wang itu, tawaran tersebut ditolak dengan baik."Macam tu jer Allah hantarkan aku orang yang baik-baik sebab aku buat benda baik semalam," katanya.