Orang ramai perlu bertindak memberi bantuan jika melihat wanita menjadi mangsa gangguan seksual. -Gambar hiasan AI
GANGGUAN seksual biasanya berlaku di kawasan tersembunyi yang hanya melibatkan pelaku dan mangsa.Namun, ada juga segelintir individu yang langsung tiada perasaan takut melakukan jenayah itu di kawasan terbuka tanpa menghiraukan orang sekeliling. Di Threads, seorang wanita membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dicabul ketika menaiki pengangkutan awam.Gangguan seksual boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. -Gambar hiasan"Ya, aku tahu LRT tu crowded ramai orang, tapi ia bukan lesen nak gesel kemaluan kau dekat punggung aku gila."Belakang kau ada ruang lagi kot untuk beralih sikit. Yang aku hairannya, makin aku alih badan, makin kau rapat dengan aku."Dah la bulan puasa weh, serius jijik," tulis wanita itu.Wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual ketika menaiki tren.Dia mendakwa seorang lelaki menggesel kemaluan di punggungnya.Wanita itu yang panik terus keluar selepas tren tiba di stesen berikutnya.Seorang lagi wanita di ruangan komen mendakwa dia juga pernah jadi mangsa.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita itu, dia yang berada dalam keadaan panik terus keluar sejurus tren berkenaan tiba di stesen berikutnya."Aku fikir nak keluar je. Sedar (ia berlaku) tu waktu dah nak sampai stesen dituju pun. Panik tak boleh fikir apa dah, fikir nak cepat keluar je," tulisnya.Di ruangan komen, seorang lagi wanita mendakwa dia juga pernah diganggu lelaki warga asing ketika menaiki pengangkutan awam.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki peluk, gomol wanita di stesen LRT Maluri! Siap berani turun ke landasan, ketuk-ketuk tren sedang bergerak dengan kasutARTIKEL BERKAITAN: Terlalu takut diganggu lelaki gila seks di stesen MRT, wanita gambarkan situasi ‘lebih rela diri kena gilis tren’"Saya kena sekali dalam LRT. Kena dengan warga asing, saya rasa dia Pakistan. Padahal ramai orang dalam tu. Mulut saya macam kena gam."Lepas si bodoh tu keluar tren, baru saya berani cerita dekat kawan lelaki dalam tren tu," kongsi wanita itu pula.Rata-rata netizen di ruangan komen turut berkongsi nasihat dan saranan kepada kaum hawa untuk mengelakkan berlakunya kejadian serupa.Mangsa gangguan seksual boleh meminta bantuan penumpang lain atau polis bantuan yang diletakkan di setiap stesen. -Gambar hiasan"Kenapa tak 'meracau' dalam tu? Kalau tak mesti pelaku kena pegang dengan orang dalam tu, lebih-lebih lagi kalau pelaku warga asing."Kawan saya pernah kena. Esoknya dia bawa jarum. Tahu-tahu sendiri la apa yang terjadi."Buat repot polis masa kejadian hari apa, tarikh, masa, stesen apa, pelaku tu bangsa apa," tulis beberapa netizen.