Arahan membasuh pakaian senior dianggap gejala buli dalam kalangan warga sekolah berasrama. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita tampil berkongsi pengalaman hitam yang masih menghantui hidupnya sehingga kini selepas menjadi mangsa buli ketika menuntut di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) lebih sedekad lalu.Menurutnya sebelum berpindah ke SBP dia bersekolah di sebuah sekolah agama di Kedah. Katanya, kehidupan di sekolah agama itu cukup membahagiakan apabila dikelilingi senior yang baik dan sering membimbingnya dalam hafazan al-Quran.Guru perlu memberi perhatian kepada setiap luahan pelajar. -Gambar hiasan AI"Tapi lepas masuk SBP, terus rasa asrama tu macam neraka. Dia memang tak buli fizikal seperti pukul tapi buli perkataan dan duit."Antaranya senior tingkatan lima tu minta RM10 setiap pagi atas alasan cadar tidak tegang, paksa basuh pakaian dia serta mengejek," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah mangsa buli terjah rumah pelaku, tetap ‘warning’ walau hidup daif - “Ni bukan gurau, awak memang niat jahat”ARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni aku mati!” - Adik dalam bahaya sempat minta bantuan kakak, dakwa warden ‘pejam mata’ kes buli di asramaDia juga mendakwa pernah digoncang ketika tidur semata-mata diminta untuk membuang sampah selain tidak dibenarkan menggunakan seterika walaupun sudah menempah giliran."Tak tahan, aku call mama mengadu tiap hari nak balik. Menangis, macam-macam cara mama aku pujuk suruh stay."Kemuncak aku cakap... tak apa jika tak nak bawa keluar dari sini, tunggu jasad anak je balik rumah. Tak bernyawa dah baru nak menyesal," katanya.Bimbang dengan kata-kata berbaur amaran itu, ibu bapanya terus hadir ke sekolah pada hari sama untuk mendapatkan penjelasan.Bagaimanapun katanya kaunselor sekolah menyifatkan dia sebagai anak manja dan hanya rindu untuk pulang ke rumah."Masa tu aku tengok tepat dekat mata dia dan kata... ada anak kan? Saya doa anak cikgu rasa apa saya rasa nanti. Waktu tu cikgu akan ingat saya."Dia terdiam. Terus kaunselor tu suruh proceed keluar sekolah," katanya.Wanita kongsi pengalaman dibuli senior ketika tingkatan satu di sebuah SBP.Dipaksa bayar RM10, basuh baju dan sering diejek hingga tertekan.Hubungi ibu hampir setiap hari kerana tak tahan tekanan.Ibu bapa datang sekolah, akhirnya dia dibenarkan keluar.Trauma itu ubah dirinya jadi lebih kasar demi lindungi diri.Ringkasan ini dijana oleh AICerita wanita itu lagi, ibunya turut bersemuka dengan pelajar senior berkenaan dan menegur tindakannya.Pelajar itu dilaporkan menangis dan merayu meminta maaf, malah cuba berjumpanya untuk memohon maaf secara peribadi.Wanita itu berkata pengalaman dibuli mengubah personalitinya secara drastik daripada seorang yang lembut kepada lebih kasar dan tegas sebagai cara mempertahankan diri."Demi tak nak kena buli lagi, aku berubah daripada perwatakan puteri raja kepada 'kak long' kawasan. Ketara sangat perubahan aku."Sampai parents aku pun sedih. Jadi kasar tapi ni cara aku lindungi diri. Trauma kena buli," katanya.