suria

Staf wanita bantah syarikat anjur hari keluarga, takut orang pejabat ‘scan’ latar belakang... Mula nak ‘judge’, buat andaian negatif

Hari keluarga syarikat sering dianggap sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara pekerja dan majikan. -Gambar hiasan AI

PENGANJURAN hari keluarga syarikat sering dianggap sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara pekerja dan majikan, namun tidak semua melihatnya daripada sudut yang sama.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan pandangan bahawa dia kurang bersetuju dengan konsep family day yang melibatkan ahli keluarga kakitangan.

Menurutnya, urusan kerja dan hal peribadi sepatutnya dipisahkan dengan jelas.

"Siapa tak setuju dengan konsep family day syarikat? Sebab saya tak setuju... family is family. Company is company," tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipandang serong sebab kerap tak ‘join’ aktiviti syarikat! Ramai tak boleh terima alasan jaga aurat, batas pergaulan

ARTIKEL BERKAITAN: Hujung minggu bukan untuk anjur ‘team building’! Individu tegur syarikat minta hormat hari cuti pekerja

Wanita tersebut mengakui dia kurang selesa apabila ahli keluarga diperkenalkan dalam suasana kerja kerana bimbang wujud penilaian (judgemental) tidak langsung daripada pihak atasan atau rakan sekerja.

Secara tak langsung bos-bos dan rakan sekerja dapat scan siapa yang banyak tanggungan, keluarga yang selekeh, kerap sakit, dan lain-lain," ulasnya.

"Urusan keluarga tak perlu dikaitkan dengan kerja. Cukup sekadar office set healthy boundaries. Seperkara lagi, benda ni membuatkan rakan sekerja yang tiada keluarga atau keluarga yang supportive rasa awkward.

"Kalau tak sertai, mereka pula dilabel sebagai susah beri kerjasama atau pentingkan diri," katanya.

Salah satu antara aktiviti 'wajib' yang dianjurkan syarikat adalah 'team building'. -Gambar hiasan AI

Dia berpendapat, aktiviti seperti pembinaan pasukan (team building) dalam kalangan pekerja sahaja sudah memadai untuk mengukuhkan ukhwah.

"Tak semua orang selesa dengan family day company. Saya amat gembira untuk menyertai acara syarikat bagi meraikan usaha kami. Tetapi keluarga kami tidak perlu terlibat," ujarnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut meraih reaksi yang bercampur daripada netizen.

  • Seorang wanita tidak bersetuju dengan konsep 'family day' syarikat.

  • Dia berpendapat urusan kerja dan hal keluarga perlu dipisahkan.

  • Dia bimbang majikan dan rakan sekerja membuat penilaian terhadap latar belakang keluarga.

  • Dia berpendapat syarikat memadai anjurkan aktiviti seperti 'team building' sahaja.

  • Perkongsiannya terima reaksi bercampur, ada setuju dan ada anggap 'family day' sesuatu yang positif.

Ada yang bersetuju dengan pandangannya, namun tidak kurang juga ada yang melihat penganjuran hari keluarga sebagai inisiatif positif untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana kerja lebih harmoni.

"Bukan semua orang membesar dalam persekitaran keluarga yang sihat. Ada yang membesar dalam persekitaran keluarga yang toksik, unsupportive. Menyampah family day ni.

"Saya rasa benda-benda ni bergantung dengan budaya sesebuah syarikat. Kalau syarikat best, benda-benda ni semua seronok. Kalau company toksik, semua benda tak best," demikian komen netizen.

Artikel Lain