Segelintir pekerja tidak suka apabila disuruh mengikuti program syarikat pada hujung minggu kerana mengganggu masa bersama keluarga. -Gambar hiasan AI
SEORANG pengguna aplikasi Threads tampil membuat teguran terbuka kepada syarikat-syarikat supaya tidak menganjurkan sebarang aktiviti berkaitan kerja pada hari cuti.Menurut individu itu, pelaksanaan aktiviti seperti program pembinaan pasukan (team building) bukan sahaja membazir tenaga, malah turut merugikan masa pekerja. "Kepada syarikat-syarikat, nak buat team building tu, boleh tak jangan sampai kacau waktu cuti atau waktu kita dengan keluarga?Aktiviti team building boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. -Gambar hiasan AI"Secara asasnya, pekerja menghabiskan sekurang-kurangnya satu perempat daripada jam mingguan mereka di tempat kerja, tak termasuk masa perjalanan lagi."Kau ingat dengan paksa pekerja kau datang hujung minggu untuk team building, maka kecekapan, team work and output akan improve ke?" luahnya.Di ruangan komen, beberapa pelayar berkata mereka turut bersetuju dengan pandangan individu itu.Pemuda tegur syarikat yang suka anjur program pada hari cuti.Dia menganggap program team building sebagai pembaziran masa.Pemuda itu berkata program tersebut mengganggu masa pekerja dengan keluarga.Ramai netizen turut berkongsi pandangan mereka berhubung kenyataan pemuda itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Team building ni acara yang tak berguna. Buat pula hujung minggu. Berganda-ganda tak guna."Team building adalah satu scam. Sepatutnya bagi kenaikan gaji dan bonus. Itu lebih baik," tulis netizen.Bagaimanapun, segelintir pelayar tidak bersetuju dengan kenyataan individu itu kerana berpendapat aktiviti sedemikian dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekerja, meningkatkan motivasi serta memperbaiki kerjasama dalam pasukan.ARTIKEL BERKAITAN: “Itu aku tak boleh janji” - Pekerja Gen Z ‘naik tocang’, kurang ajar ditegur jangan masuk kerja lambatARTIKEL BERKAITAN: Ghairah jual 4 produk viral, semua gagal! Usahawan belajar dari kesilapan, kongsi 3 'bahaya' buka bisnes ikut trendMalah, ada yang memberi saranan kepadanya agar berhenti kerja jika keberatan untuk akur kepada arahan majikan."Bukan tiap minggu pun team building. Kalau tak available, boleh je maklumkan."Kalau tak mahu ikut program syarikat, sila berhenti kerja dan buka syarikat sendiri."Setahun sekali je team building tu, pergilah join," tulis netizen lagi.