suria
mStar - Urban.Versatil

Tak tergamak kecewakan anak, wanita berhasrat gadai cincin demi beli kek hari jadi walau berat hati - “Saya ibu gagal”

Ada ibu sanggup menggadaikan barang kemas demi memenuhi permintaan anak. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu pasti sanggup berkorban demi membahagiakan anak-anaknya.

Namun buat seorang wanita ini, permintaan anaknya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran beberapa hari lagi menghadirkan dilema lantaran dirinya tidak berkemampuan memenuhi keinginan si kecil.   

Menurut wanita berkenaan, anaknya meminta kek bertemakan watak animasi terkenal yang menjadi trend pada ketika ini.

Setiap kanak-kanak mempunyai keinginan menyambut hari lahir bersamakawan-kawan. -Gambar hiasan AI

Setiap kanak-kanak mempunyai keinginan menyambut hari lahir bersama  kawan-kawan. -Gambar hiasan AI

Namun dia enggan membebankan suaminya dengan memenuhi permintaan itu memandangkan pelbagai komitmen kewangan perlu didahulukan, manakala dirinya pula hanya seorang suri rumah. 

"Saya seorang ibu yang gagal. Anak minta kek Kuromi untuk hari jadi tapi saya tak mampu, tak sampai hati nak minta dekat suami.

"Sebab suami dah banyak habis duit bayar hutang, nak persiapan raya lagi dan pelbagai komitmen lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu tarikh, wanita merentan keluarga mentua tak pernah ucap ‘birthday’ - “Saya balas balik apa mereka buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'mogok' famili ipar tumpang rumah buat majlis hari jadi... Sakit hati suami bagi idea, suka hati pelawa tanpa bincang

Justeru, dia berhasrat menggadaikan sebentuk cincin peninggalan arwah ibu, yang merupakan satu-satunya barang kemas yang masih dimilikinya.

"Di jari saya ada cincin peninggalan arwah mak. Ini saja barang kemas yang tinggal. Saya nak gadai cincin ni.

"Saya sayang sangat-sangat cincin ni sebab kenangan arwah mak bagi. Saya cuba pujuk hati tapi dalam masa yang sama saya berat hati," katanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang bermurah hati ingin menaja kek hari jadi buat anaknya.

  • Seorang ibu sedih tidak mampu belikan kek Kuromi untuk hari jadi anaknya.
  • Dia enggan membebankan suami yang banyak komitmen kewangan.
  • Wanita itu bercadang menggadaikan cincin arwah ibunya.
  • Perkongsian tersebut raih pelbagai reaksi netizen.
  • Ramai menasihatkannya agar tidak mengorbankan kenangan demi kemahuan.

Tidak kurang juga, segelintir warga maya memberi respon negatif dengan menyifatkan tindakan mahu menggadai barang kemas semata-mata kerana kek sebagai tidak wajar.

"Puan tak gagal sebab tak belikan kek tapi akan gagal kalau tak pandai bezakan keperluan dengan kemahuan.

"Kalau tak mampu, jangan berasa gagal untuk benda-benda kecil macam ni.

"Jangan gadai cincin, cuba terangkan anak sebab kenapa tak boleh beli. Jangan ikut kemahuan anak," kata netizen.

 

Artikel Lain