SEORANG wanita berkongsi pengalaman gurauannya terhadap rakan sepejabat yang secara tidak sengaja menimbulkan salah faham kepada isteri lelaki tersebut.Menurut wanita berkenaan, tugas rakan sepejabatnya itu memerlukannya untuk turun ke beberapa tapak (site) dan memeriksa rangkaian pelanggan. Disebabkan masih bergelar staf baharu, maka pekerja lelaki itu bertanya kepadanya mengenai lokasi tapak yang perlu dilawati terlebih dahulu. Setiap pekerja perlu faham adab dan batas pergaulan di tempat kerja. -Gambar hiasan AI"Tak relaks weh isteri rakan sekerja aku. Suami dia (rakan sekerja) tanya aku nak pergi site mana dulu. "Aku balas la WhatsApp dia, kenapa kau tanya aku? Kau kan yang bawa kereta. Isteri dia nampak mesej tu terus merentan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri ‘tak jadi’ gembira, suami ‘nakal’ buat kereta baharu jiran bahan ‘prank’ - “Orang rumah OK tak tu?”ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat lawak isteri hamil benih lelaki lain, ketawa depan kawan-kawan! Wanita syukur cerai, memang layak ditinggalkanPerkongsian wanita tersebut mengundang teguran dalam kalangan netizen yang berpendapat tindakannya boleh merosakkan rumah tangga rakan sekerjanya itu.Namun, wanita itu menegaskan dia tidak bermaksud sedemikian, sebaliknya ia hanyalah gurauan sesama rakan sekerja."Relaks la. Aku bukan tidur dengan laki dia pun. Tu bukan gedik, aku layan semua macam tu," katanya.Wanita dikecam selepas gurauan dengan rakan sepejabat lelaki disalah faham isterinya.Mesej WhatsApp mencetuskan kemarahan si isteri.Dia menegaskan ia sekadar gurauan biasa.Netizen anggap tindakannya tidak profesional.Isu itu cetus perdebatan tentang batas pergaulan di tempat kerja.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun rata-rata warga maya berpandangan ia tetap tindakan yang tidak wajar dan wanita berkenaan perlu mengetahui batas serta mengekalkan hubungan profesional ketika bekerja."Memang kau gedik pun. Kau perlu tahu batas dan kena profesional dalam bekerja."Aku doa nanti kau dah kahwin, laki kau suka menggedik dengan perempuan lain. Baru kau pula yang merentan," komen netizen.