suria

Terlalu takut diganggu lelaki gila seks di stesen MRT, wanita gambarkan situasi ‘lebih rela diri kena gilis tren’

Nad berkongsi kisah menjadi mangsa gangguan seksual di sebuah stesen MRT, baru-baru ini. Gambar hiasan

KAUM Hawa yang berjalan atau bergerak bersendirian tanpa peneman sememangnya terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa gangguan seksual.

Ini kerana situasi tersebut memberi peluang yang cerah kepada si pelaku untuk bertindak lebih jauh.

Situasi sedemikian dialami oleh seorang wanita ketika dia menaiki tren, baru-baru ini.

nad 2

Perkongsian Nad mengenai pengalamannya yang menjadi mangsa gangguan seksual.

Dikenali sebagai Nad, wanita tersebut berkongsi cerita menerusi satu bebenang di Twitter sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang lain terutamanya golongan Hawa.

"Untuk perempuan yang selalu naik public transport, please be safe.

"Saya okay pergi ke mana-mana bersendirian selama ini, tetapi hari ini (1 Julai), pukul 7.40 pagi di MRT Sungai Jernih, ada seorang lelaki yang mendekati saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

"Dia hulurkan telefon bimbitnya kepada saya, dan minta search nama Facebook saya. Saya menolak dengan sopan.

"Dia paksa juga saya bagi (nama Facebook) dan berterusan ulang ayat 'tak salah pun kan'. Kemudian dia tarik tangan saya pergi ke tepi. Dan dia minta lagi.

"Saya beritahunya saya dah berkahwin. Dia jawab 'kalau dah kahwin pun tak salah kan nak kenal-kenal'," kongsi wanita berkenaan.

Nad berkata dia mula diselubungi perasaan takut kerana bimbang lelaki tersebut akan bertindak di luar kawalan lebih-lebih lagi dia tidak ditemani sesiapa.

KESS PUBLIC RIDE MRT DUE TO COVID 19—Low Boon Tat/The Star

Penumpang wanita digalakkan untuk memilih tempat duduk yang tidak terlalu sunyi bagi mengelakkan menjadi 'sasaran'. Gambar hiasan. Foto: Low Boon Tat/TheStar

"Dia genggam pergelangan tangan saya kuat dan tak putus asa minta Facebook saya. Saya memang teramat-amat takut.

"Saya cakap 'lepas, kalau tak aku jerit'. Dia terus lepas dan saya terus gerak ke arah escalator. Saya nampak pantulan dia dekat cermin sedang berjalan perlahan-lahan ke arah saya.

"Saya terus hubungi teman lelaki. Dia patah balik dan turun guna lif. Saya terduduk menangis menggigil dekat tepi escalator seorang diri.

"Tiada sesiapa pun di situ. Saya takut gila nak turun, bimbang lelaki itu tunggu saya dekat bawah. Tapi nasib baik saya tak nampak kelibat dia," cerita wanita itu lagi.

Dia genggam pergelangan tangan saya kuat dan tak putus asa minta Facebook saya. Saya memang teramat-amat takut.

NAD

MANGSA GANGGUAN SEKSUAL

Nad berkata selama ini dia hanya membaca perkongsian kisah oleh individu yang menjadi mangsa gangguan seksual, namun sama sekali tidak menyangka dirinya turut berdepan pengalaman yang sama.

"Patutnya lelaki jadi pelindung tetapi ini sebaliknya. Kalau diberi pilihan lari ke cermin MRT dan hadap lelaki psiko, saya lagi rela kena gilis tren," katanya.

Perkongsiannya di laman tersebut meraih sehingga melebihi 8,000 ulang kicau selain dibanjiri komen netizen.

Ada yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa ketika menaiki tren.

"Terjadi dekat saya semalam, hentian Masjid India. Mamat ni ikut dari escalator lepas tu boleh pula dia asyik ikut bila saya tukar posisi tempat menunggu. Lastly, saya keluarkan telefon, ambil gambar dia dan cakap kuat-kuat 'mana polis, ni ada orang mental follow aku'. Terus dia chow," tulis seorang netizen.

mrt 1

Sebahagian komen daripada netizen terhadap perkongsian Nad.

Dalam pada itu, rata-ratanya memberi cadangan kepada wanita yang sering berseorangan agar membawa sesuatu untuk dijadikan senjata sebagai langkah persediaan.

"Beli pepper spray. Lain kali kalau ada pervert nak serang, sembur dekat mata dia.

"Perempuan kena bawa payung atau apa sahaja yang boleh dijadikan senjata dan sentiasa kena ada teman.

"Tolonglah girls bawak barang tajam ke apa-apa. Geram saja tengok orang macam tu terlepas," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain