suria

Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

Reen mengambil rakaman video lelaki yang mengganggu dirinya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Eii Farah sini dekat."

Begitulah ayat permulaan video seorang lelaki memulakan langkah dengan ‘menyapa’ seorang gadis di sebuah stesen bas di Kapar, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

ARTIKEL BERKAITAN: Dikaitkan dengan penyebaran video gangguan seksual, kertas siasatan kes Ebit Lew di peringkat akhir

Ketika dihubungi mStar, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Reen, menceritkan semula pengalaman menakutkan setelah mengalami gangguan seksual itu.

"Sebenarnya kejadian 6 Mac lalu, dalam pukul 5.30 petang saya kena ganggu masa tunggu kakak ambil balik kerja. Selalunya kakak akan sampai dalam pukul 6 petang. Jadi saya selalunya tunggu dalam setengah jam.

"Saya nak mudahkan kakak dan minta ambil di bus stop saja sebab nak u-turn di tempat kerja tu jauh.

"Saya dah tunggu di depan bus stop dan kemudian nampak lelaki ni macam pelik je. Lima minit lepas saya berdiri, dia bangun dan berdiri di sebelah. Saya biar je sebab ingatkan bas dah sampai rupanya belum lagi," jelas Reen.

Menurut Reen, cuaca pada hari itu hujan jadi dia terpaksa berteduh di bawah bumbung hentian bas.

Jelas gadis ini, dia kemudiannya duduk di bahagian hujung kerusi lalu memasang fon telinga dan melayari internet pada telefon pintar miliknya.



Dedah Reen, kejadian ini berlaku di sebuah stesen bas di Kapar, Selangor.

"Saya jenis buat hal sendiri je dekat public. Tiba-tiba saya dengar sayup saja orang bercakap jadi saya toleh. Rupanya lelaki ni tanya sesuatu jadi saya perlahakankan volume earphone. Saya tak perasan rupanya dia dah makin dekat dengan saya.

"Mula-mula dia tanya arah jalan. Bila saya jawab, makin banyak dia tanya. Soalan privasi pun dia tanya macam 'Dah kahwin ke? Umur berapa? Tinggal dekat mana?' Saya tipu beritahu nama saya Farah sebab tu dia panggil Farah. Saya sangat terkejut bila dia tahu saya kerja di mana sedangkan tak beritahu dia pun.

"Saya mula rasa takut bila dia cakap ‘Kalau you tolak cinta I, I cari you dekat tempat kerja’ tapi saya buat-buat tak dengar je. Saya record video tu sebab takut jadi apa-apa dekat saya nanti. Paling melampau bila dia paksa suruh balas cakap 'I love you’," jelas Reen.

Menurut gadis ini lagi, dia tidak melayan beberapa soalan dan kata-kata berbaur lucah kerana makin dilayan makin menjadi-jadi perangai lelaki itu.



Menurut Reen, dia pada mulanya tidak sedar disentuh lelaki ini.

Kata Reen, ketika lelaki ini cuba menyentuhnya, dia semakin takut hingga cuba menghubungi sepupunya meminta bantuan namun gagal kerana rangkaian internet lemah.

"Masa kejadian tu datang seorang lagi lelaki yang lebih muda daripada lelaki terbabit. Dia tanya saya OK ke tidak. Tapi lelaki kacau saya tu marah siap maki pula orang yang cuba tolong saya. Jadi dia pesan suruh jaga diri lalu beredar saja sebab tak nak bising-bising.

"Tapi lepas tu bas lelaki itu sampai jadi dia pun naik. Alhamdulillah dia tak ada buat apa-apa dekat saya kecuali cubaan pegang saya macam dalam video saya rakam tu. Mungkin dia cuma cuit sweater saya pakai sebab tak rasa pun.

"Saya sangat takut sebab ni kali pertama kena macam ni. Tu pun nasib baik last saya jumpa dia. Lepas kejadian tu, kakak saya memang hantar dan ambil di tempat kerja terus," jelas Reen.

Jelas Reen, tujuan dia memuat naik video tersebut hanya sekadar peringatan kepada orang lain terutama gadis supaya lebih berhati-hati.



Jelas Reen, kejadian ini merupakan pengalaman pertama kali sepanjang hidupnya.

Reen turut menitipkan pesanan agar membawa bersama alat perlindungan diri seperti pepper spray jika berlaku situasi seperti yang dialaminya itu.

Malahan, dia juga menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu mesra dengan orang yang tidak dikenali kerana ia boleh menyebabkan pihak terbabit mengambil kesempatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain