suria

Brokoli harga ‘kayangan’! Pelanggan dakwa tak masuk akal, ada yang minta jangan pertikai lokasi T20 berbelanja

Seorang pelanggan memuat naik status selepas terkejut harga yang ditawarkan di sebuah pasaraya terkenal.

KECOH di laman sosial baru-baru ini apabila seorang wanita membuat kenyataan ringkas tentang harga bagi sayur brokoli di sebuah pasaraya terkemuka.

Menerusi ciapan ringkasnya itu, dia menyatakan sebungkus sayur tersebut dijual pada harga RM21 kerana diimport dari Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer e-wallet! Kad kredit declined tapi berjaya top up RM700, juruwang mungkin dipukau atau ‘pening’ ketika kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa

Malah, dia turut membandingkan harga bagi sayuran yang sama di pasaraya lain.

"Harga semasa RM2.99. Mungkin bukan dari Australia, tapi brokoli dari Cameron Highland pun bukan harga sama di pasaraya tersebut," ciapnya pada 14 Mac.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meninggalkan komen kurang senang terhadapnya dan kebanyakan memihak kepada pasaraya berkenaan.

Namun, tidak kurang juga yang bersetuju dengan pandangannya tentang harga brokoli yang tidak munasabah itu.

Antara netizen yang bersetuju dengan kenyataannya.

Antara netizen yang bersetuju dengan kenyataannya.

"Ada dua bahagian sayur di sana. Organik dan biasa... harga untuk sayur organik sangat mahal tapi kalau yang biasa tu okay saja.

"Kalau harga sayur brokoli dari Australia tu di luar bajet awak beli sahaja yang biasa, import dari China," kata salah seorang netizen.

Seorang lagi netizen menyatakan: Tidak semua sayur mahal... ada lagi murah dari kedai biasa tetapi bergantung kepada saiz bungkusan. Kalau ke pasaraya tersebut, saya selalunya beli sayur luar negara yang jarang ditemui.

Bagi seorang lagi pelayar Twitter, dia menyatakan bahawa peningkatan harga tersebut adalah disebabkan bencana banjir yang melanda Australia.

"Harga tinggi juga mungkin disebabkan masalah logistik dari ladang ke pelabuhan. Lagipun, dah habis musim brokoli di sana.

Seorang netizen membuat perbandingan kenapa harga yang ditawarkan lebih mahal.

Seorang netizen membuat perbandingan kenapa harga yang ditawarkan lebih mahal.

"Kawasan berbeza, kehidupan pun berbeza. 'Balik kampung' bagi orang United Kingdom adalah perbezaan tempat tinggal.

"Contohnya, London dan Gua Musang, Kelantan. Penduduk Gua Musang tidak dapat melihat keindahan London dan begitu masyarakat London yang tidak bisa memahami kemiskinan di Gua Musang," jelasnya.

Bagi seorang pengguna yang dikenali sebagai Iffah, dia turut mengakui harga pasaran brokoli di pasaraya tersebut sangat tinggi.

"I perasan juga, brokoli paling ketara beza julat harga kalau banding dengan pasaraya biasa. Pernah terbeli dalam aplikasi Happy Fresh sebab ingat dapat banyak," komennya balas.

Husna Husin juga menyatakan perkara sama 'Betul, tapi barang lain okay harganya kecuali sayur'.

Punca beli RM300++ sebab beli tak tengok harga. Tadi tengok sikit sahaja bunga kobis tapi harganya RM15.

FARHAN

Berkongsi kisah yang sama, pelayar bernama Elien memberitahu, jika membeli-belah di pasaraya tersebut kena selalu tengok tanda harga.

"Bukan sebab nak bandingkan harga dengan pasaraya lain tapi sebab nak tahu barang import atau tempatan dan harga yang ditawarkan masuk akal atau tidak. Tapi memang seronok beli sayur dan buah di sana," katanya.

Sementara itu, seorang lagi netizen yang dikenali Farhan memberitahu, dia pernah membelanjakan lebih RM300 di pasaraya tersebut.

"Punca beli RM300++ sebab beli tak tengok harga. Tadi tengok sikit sahaja bunga kobis tapi harganya RM15," katanya yang terkejut dengan tanda harga tersebut.

Brokoli merupakan antara sayuran pilihan kerana khasiatnya yang pelbagai.

Brokoli merupakan antara sayuran pilihan kerana khasiatnya yang pelbagai.

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang membuat jenaka dengan statusnya itu.

"Sokong makcik sayur tempatan."

"Untuk harga tu, saya harapkan brokoli tu boleh bercakap dengan saya dalam loghat Australia."

"Lepas makan automatik keluar loghat Australia 'hey mate'."

"Yang pergi ke pasaraya tu mesti T20. Jangan pertikaikan."

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain