suria

Awas scammer e-wallet! Kad kredit declined tapi berjaya top up RM700, juruwang mungkin dipukau atau ‘pening’ ketika kejadian

Pelanggan terbabit dipercayai sedang merakam video resit pembelian yang diberikan.

PENCURI berhemah!

Itu kata-kata yang dapat menggambarkan taktik licik seorang lelaki yang memasuki stesen minyak dan membuat pembelian kad tambah nilai telco serta e-wallet tetapi penipuan yang dilakukannya tidak disedari juruwang bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar runsing kereta baru beli dah hilang! Ramai buat bermacam andaian, betul ke Kelisa value tinggi sekarang?

ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

Difahamkan, kejadian seperti itu sering berlaku di stesen minyak dan kedai serbaneka yang menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian serta tambah nilai e-wallet dan kad prabayar telco.

Terbaharu, kejadian berlaku pada 9 Mac di Stesen Minyak Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu, Terengganu yang mana pelanggan memakai baju-T berwarna putih dikatakan membeli kad tambah nilai telco dan e-wallet yang berharga RM700.

Dia kemudian dikatakan merakam video keseluruhan nombor pin yang tertera pada resit tambah nilai tersebut sebelum membuat bayaran menggunakan kad kredit.

Bagaimanapun, kad kredit yang diberikannya disekat dan pelanggan terbabit dikatakan mahu mengambil wang tunai di dalam keretanya sebelum dia terus berlalu meninggalkan premis.

Menerusi video rakaman CCTV yang disiarkan, suara seorang lelaki yang dipercayai pengurus premis memaklumkan pelanggan terbabit sudah mengambil resit tambah nilai telco yang dicetak dan merakam gambar nombor pin tambah nilai telco yang tertera.

Pada masa sama, seorang wanita dipercayai juruwang ketika itu menyatakan semasa melakukan transaksi jualan dia berasa berdebar dan tangannya mula menggeletar seolah-olah dipukau.

Netizen menceritakan kejadian yang berlaku.

Netizen menceritakan kejadian yang berlaku.

Dia kemudian berlalu pergi dari kaunter berkenaan dan transaksi diuruskan oleh rakannya yang lain.

Menurut pengurus tersebut, pelanggan terbabit mungkin sudah membaca 'ayat' dan menggunakan 'ilmu' terhadap pekerjanya.

"Pelanggan terbabit dianggarkan berusia penghujung 30an. Dia cuba memukau pekerja saya... dia ambil video setiap resit pembelian tambah nilai," katanya yang percaya lelaki tersebut melakukan rakaman dengan cara membuat panggilan video bersama individu lain lebih awal sebelum bertindak merekodkan nombor pin pada resit pembelian.

Kad kredit yang diberinya dipercayai tidak boleh digunakan untuk transaksi pembelian.

Kad kredit yang diberinya dipercayai tidak boleh digunakan untuk transaksi pembelian.

Ekoran kejadian itu, pihak stesen minyak berkenaan memuat naik hantaran di Facebook rasminya selain menularkan video yang sama di aplikasi TikTok.

"Dikehendaki. Peringatan untuk semua stesen atau mana-mana kedai. Tolong pesan pada staf, Petron Kampung Gemuruh baru kena. Pelanggan tambah nilai e-wallet dan telco RM700.

"Staf tidak perasan pelanggan ambil gambar dan cakap nak bayar pakai kad kredit. Kemudian dia keluar kedai cakap nak ambil wang tunai dan terus lesap," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Total RM280 tapi dia sempat scam RM150 sebab resit tambah nilai tu saya potong-potong dan saya pegang juga.

SHAA JUHARI

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama malah ada yang menyatakan mereka pernah berdepan dengan individu yang sama.

Salah seorang netizen memaklumkan, kejadian yang sama dilaporkan pernah berlaku di Stesen Minyak Kuala Nerus yang mana 'pencuri' tersebut mengisi minyak keretanya tanpa membuat bayaran.

Seorang lagi netizen memaklumkan, kedai serbaneka juga pernah ditipu dengan individu yang sama.

Bagi pemilik akaun Shaa Juhari pula, dia turut mengakui pernah berdepan dengan situasi yang sama semasa berada di Kuantan, Pahang.

Antara netizen yang pernah berhadapan situasi sama.

Antara netizen yang pernah berhadapan situasi sama.

"Total RM280 tapi dia sempat scam RM150 sebab resit tambah nilai tu saya potong-potong dan saya pegang juga," ujarnya.

Eyra juga mengakui perkara sama dan menyatakan dia kerugian RM500.

Bagaimanapun, seorang lagi netizen menyatakan tindakan 'pelanggan' terbabit bukan pukau atau menggunakan sihir sebaliknya membuatkan juruwang 'pening' dengan pembelian tambah nilai yang banyak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain