suria

Pelajar runsing kereta baru beli dah hilang! Ramai buat bermacam andaian, betul ke Kelisa value tinggi sekarang?

Kereta ini dilaporkan hilang di Seksyen 7 Shah Alam.

SUNGGUHPUN berusia lebih 20 tahun, Perodua Kelisa masih mempunyai harga tinggi di pasaran malah tidak dinafikan kereta yang diperkenalkan pada 2001 ini memiliki pesonanya tersendiri lebih-lebih lagi bagi golongan marhean.

Sehingga kini, kereta Kelisa terpakai mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana murah, jimat dan tahan lasak selain boleh di upgrade kepada model idaman seperti Mini Cooper.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak disatukan, pelajar sedang hangat bercinta rancang kahwin lari di Siam - “Moga ada anak nanti, tak ikut jejak langkah korang”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

Melihatkan situasi berkenaan, maka tidak hairanlah kereta Kelisa milik seorang pelajar yang diletakkan di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor hilang.

Menerusi laporan polis yang dibuat Muhammad Fikri Haron, kereta berwarna kuning dan hitam itu diletakkan di tempat parkir berhadapan sebuah kedai haiwan di lokasi tersebut, pada 4 Mac lalu dalam keadaan berkunci.

"Pada 7 Mac, dalam jam 5 petang saya turun dari rumah untuk ke kereta, saya dapati kereta saya hilang dari tempat parkir sebelumnya.

"Saya juga tidak menemuinya di kawasan parkir sekitar," katanya.

Netizen mengatakan harga pasaran kereta Kelisa sangat tinggi pada masa ini.

Netizen mengatakan harga pasaran kereta Kelisa sangat tinggi pada masa ini.

Terdahulu, laporan polis berkenaan tular di Twitter bersama beberapa gambar kereta Kelisa tersebut.

Pemilik akaun Twitter berkenaan yang menggunakan nama Nur (@chiffonade96) memaklumkan kereta yang hilang itu berada di bawah jagaan rakannya di Seksyen 7 kerana dia sedang bercuti di Ipoh, Perak.

"Saya nak minta tolong jasa baik warganet tolong RT (retweet) kereta saya hilang di Seksyen 7 Shah Alam. Kawan saya tolong jagakan kereta, saya dekat Ipoh sekarang kerana cuti semester," ciapnya.

Kereta Kelisa berada dalam kondisi baik.

Kereta Kelisa berada dalam kondisi baik.

Menurutnya lagi, kereta berkenaan dibeli lima bulan lalu menggunakan duit simpanannya dengan ibu.

"Kelisa tu saya baru beli tak sampai lima bulan, hasil simpanan saya dengan mak. Saya ni pelajar, dalam empat bulan dah habis RM1,000 untuk servis dan baiki kerosakan kereta ni.

"Kereta tu ada pelekat kenderaan pelajar lagi. Saya tak faham kenapa sanggup curi.

"Dalam kereta saya tu ada lima kotak A4 yang dalamnya ada fail hak milik kerajaan, alat tulis dan barang peribadi kawan saya. Kawan saya dah buat laporan polis, saya merayu sangat dan berharap ramai dapat bantu," katanya sambil menambah akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang menjumpai keretanya.

Rata-rata netizen mendoakan supaya kereta tersebut ditemukan semula.

Rata-rata netizen mendoakan supaya kereta tersebut ditemukan semula.

Dalam pada itu, dia juga mengesyaki warna cat keretanya itu sudah ditukar bersama nombor plat kenderaan.

"Boleh jadi orang tu dah tukar nombor plat, tukar warna kereta dan lain-lain. Tapi saya masih berharap kereta saya dapat dijumpai.

"Jika ada yang baca tweet ini ambil kereta saya, tolong pulangkan. Terima kasih warganet, semoga semuanya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat," katanya mengakhiri ciapan pada 7 Mac lalu.

Tweetnya itu dikongsi ribuan netizen yang turut mendoakan semoga kereta miliknya ditemukan semula.

"Sesiapa yang tinggal area sana atau ternampak kereta ini, tolong bagitahu. Kejam gila pencuri ni moga Allah susahkan hidup kau," kata seorang netizen.

Antara butiran laporan polis yang dibuat.

Antara butiran laporan polis yang dibuat.

"Kaki pencuri motosikal atau kereta, aku doakan moga Allah yang balas perbuatanmu itu. Kadang motor kereta yang dicuri adalah satu-satunya kenderaan orang guna untuk bergerak ke sana sini membuat urusan seharian," ciap Afiqah Azharr.

Bagi Imma Omar pula, kereta Kelisa antara yang terbaik, kecil dan comel serta jarang rosak.

"Cuma nak maklumkan bahawa kereta Kelisa antara yang terbaik. Kawan saya ada Kelisa manual, jarang rosak, kecil dan comel. Semoga dipermudahkan awak cari kereta semula," ujarnya.

Mahal Kelisa ni. Harga pasaran RM13,000 ke atas.

AZIZ WAFA

Di sebalik kata-kata semangat dan doa yang diterima, terdapat juga netizen yang mengaitkan kehilangan kereta itu dengan market value pada masa ini.

"Aku kena jaga Cik Lisa aku ni, market juga sekarang," kata seorang netizen.

Seorang lagi warganet memberitahu, harga kereta Kelisa pada masa ini boleh mencecah RM13,000 dan ke atas.

"Mahal Kelisa ni. Harga pasaran RM13,000 ke atas," ciap Aziz Wafa.

Ada juga yang meminta semakan dibuat di PBT.

Ada juga yang meminta semakan dibuat di PBT.

Seorang lagi mengesyorkan supaya pemilik mencari kereta tersebut di kedai potong sebelum ia di upgrade.

"Cari dekat kedai-kedai potong mesti jumpa. Sebelum tukar jadi Gino, memang susah nak cam dah," katanya.

Azery Azezul pula meminta pemilik membuat semakan di dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dikhuatiri disita kerana salah parkir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain