suria

Tak lawak, OK! Tindakan sengaja rosakkan ‘makanan masih cantik’ sebelum sempat rakam foto dianggap biadab, ada yang akan nangis teruk

Gambar tidak dapat diambil kerana makanan dirosakkan lebih awal. - Gambar TikTok Garenasick

MERAKAM gambar makanan, sebelum menikmatinya sudah menjadi satu kemestian pada masa ini.

Biasanya ia dibuat atas pelbagai alasan dan tujuan termasuklah untuk dikongsi dengan pengikut di media sosial, sebagai kenangan dan ada juga yang sekadar mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah ambil gambar makanan sebelum jamah, wanita terkejut siput kecil merayap celah daun salad! Daripada lapar terus rasa kenyang

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jurufoto perkahwinan bawa karya ikan pekasam ke ‘next level’ - “Biar orang tengok gambar, ada feel nak makan”

Bagaimanapun, ada juga individu yang tidak menyenangi tabiat ini malah sanggup 'merosakkan' makanan ketika ada rakan-rakan cuba mengabadikan gambar hidangan.

Berdepan dengan situasi seumpama itu, Siti Jamil memberitahu, tindakan merosakkan makanan yang hendak dirakamkan fotonya adalah tidak wajar dan bukan sesuatu yang kelakar.

Dia turut menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab, terutama jika makanan itu adalah yang dipesan perakam itu sendiri.

"I tak rasa kelakar apabila kita nak ambil gambar makanan, pasangan atau kawan kita kacau makanan itu sampai hancur.

"Nampak biadab. Tambahan yang jenis seperti I suka simpan gambar kenangan dan nak pula orang itu jarang dapat makan makanan seperti itu. Pasti rasa sedih," ciapnya di Twitter pada Ahad.

Status Siti Jamil dikongsi warga net yang kebanyakannya tidak setuju tindakan merosakkan makanan

Status Siti Jamil dikongsi warganet yang kebanyakannya tidak setuju tindakan merosakkan makanan.

Menjelaskan status yang dimuat naik itu, ujarnya, dia tidak akan merakam gambar makanan yang dipesan orang lain melainkan mendapat persetujuannya.

"Maksud tweet I ini, makanan kita sendiri tau. Orang lain kacau sampai rosak.

"Kalau makanan kongsi kita kena tanya dulu boleh tak nak ambil gambar sekejap. Iyalah karang jadi gaduh sebab mungkin diaorang dah lapar sangat kan... kita pula syok ambil gambar tak sudah. Tak elok pula," katanya lagi.

Susulan isu yang diketengahkan itu, tweetnya menjadi tular sehingga mendapat lebih 11,000 tanda suka selain dikongsi lebih 6,000 pelayar Twitter.

Netizen juga meninggalkan pelbagai reaksi pada ruangan komen.

Ada yang bersetuju dengan kenyataan Siti Jamil kerana kedai makan yang dikunjungi bukanlah tempat 'lepak' harian.

"Super true! For me, I memang suka ambil gambar cantik-cantik sebab jarang pergi tempat atau makan di situ dan obviously for memories kan.

Ada pihak suka mengabadikan gambar makanan di kedai yang pertama kali dimasuki.

Ada pihak suka mengabadikan gambar makanan di kedai yang pertama kali dimasuki.

"If jadi dekat I, sumpah I akan nangis terus dan keluar dari kedai, bawa diri. Tak kisahlah nak cakap I sensitive or what, tapi I akan nangis teruk

"I tengok video macam tu pun I rasa sebak gila. Please please, you don’t even know how meaningful all the photos and memories to someone, don't ruin it," ciapnya.

Bagi Nabil Abdullah pula, dia memahami situasi yang dihadapi Siti Jamil.

Ujarnya, perkara yang dianggap kecil seperti itu oleh kita kadangkala sangat bermakna bagi orang lain.

"I am truly understand that. Sometimes that little thing can be really meaningful to one.

"Ada orang makan KFC happy macam makan wagyu. Ada orang ambil gambar Maggi kedai mamak pun dah happy.

"Lawak-lawak tak cerdik dengan kacau-kacaukan the beauty of the food ni for me layak kena tempeleng sebab tak lawak," katanya.

Gambar makanan di kedai mamak cukup untuk menggembirakan seseorang.

Gambar makanan di kedai mamak cukup untuk menggembirakan seseorang.

Dalam pada itu, Azwani Ridzwan turut menyatakan pendiriannya tentang tindakan sesetengah individu yang suka merosakkan makanan dengan niat jenaka.

"Ya saya pun macam tu (tangkap gambar makanan) and yes saya memang suka sangat upload story about food terutama tempat yang saya jarang makan.

"Kadang makanan kat rumah yang my mom masak pun saya snap gambar sebab maybe hobi saya share about food kalau tak suka or nak buat gurau macam tu memang saya akan berlalu dari tempat tu dan malas nak makan dah," ciapnya.

Sebelum ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengulas tentang hukum menularkan makanan mewah kepada khalayak.

Artikel yang diterbitkan pada 16 Mac 2017 itu menyatakan, makanan-makanan yang baik dari sudut kehalalan dan kebersihan yang terdapat di atas muka bumi ini adalah merupakan rezeki yang dikurniakan Allah.

"Implikasi dari kurniaan dan nikmat tersebut, manusia khususnya orang-orang yang beriman dituntut untuk mensyukuri nikmat yang diperolehnya dalam kehidupan seharian.

Perbuatan menularkan gambar makanan yang sedap kepada orang lain pada asalnya adalah harus hukumnya.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

"Antara tanda mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah Allah berikan adalah dengan mengucapkan hamdalah iaitu dengan lafaz Alhamdulillah.

"Maka menjadi tuntutan ke atas setiap yang mendapat rezeki dan kurniaan daripada Allah berupa makanan, minuman, kesihatan, wang ringgit, pakaian dan seumpamanya untuk mengucapkan Alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah sebagai tanda syukur yang diungkapkan oleh lidah.

"Selain itu, menceritakan nikmat-nikmat yang telah Allah rezekikan kepada kita juga adalah salah satu bentuk menzahirkan kesyukuran," katanya.

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan perbuatan menularkan gambar makanan yang sedap kepada orang lain pada asalnya adalah harus hukumnya.

Artikel yang disediakan berkenaan tular gambar makanan.

Artikel yang disediakan berkenaan tular gambar makanan.

"Walaupun begitu, hendaklah seseorang itu memuhasabah dirinya berkenaan niat melakukan perbuatan tersebut.

"Sekiranya perbuatan itu bertujuan untuk bermegah-megahan, berbangga diri, dan juga riyak, maka sepatutnya ia dielakkan.

"Demikian juga sekiranya perbuatan menularkan makanan mewah dapat menyebabkan timbulnya perasaan hasad terhadap orang yang melihatnya, serta menimbulkan rasa dukacita kepada golongan yang tidak berkemampuan merasainya, maka kami nasihatkan supaya ianya dielakkan," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain