suria

Tak sabar nak disatukan, pelajar sedang hangat bercinta rancang kahwin lari di Siam - “Moga ada anak nanti, tak ikut jejak langkah korang”

Berkahwin di Thailand bukanlah jalan terbaik.

PERKAHWINAN di usia muda boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

Malah kebanyakan generasi milenia mahu menamatkan zaman bujang dalam lingkungan umur bawah 23 tahun walaupun belum mempunyai pekerjaan yang stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tanya pendapat bapa tentang kahwin ‘no hantaran’, lega calon suami bertegas nak beri juga sebab cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda umur 19 tahun sanggup habis duit make-over Proton Saga usia 31 tahun, masa kecil pernah duduk dalam but nak pergi beli baju raya

Gara-gara mahu 'berlumba-lumba' untuk menamatkan zaman bujang dan 'menghalalkan' hubungan, TwtWedding menyiarkan satu mesej bergambar yang diterimanya, pada Jumaat.

Mana tidaknya, mesej pasangan bercinta yang masih belajar itu adalah berkaitan perancangan mereka untuk berkahwin di Thailand.

Malah, mereka turut menyatakan, kedua-dua mereka sudah mempunyai kenderaan yang dihadiahkan ibu bapa masing-masing dan seorang lagi turut mempunyai apartment di sekitar Petaling Jaya Selangor.

Mereka juga menyatakan mendapat duit belanja yang mencukupi daripada ibu bapa dan tujuan mahu berkahwin di Thailand adalah disebabkan masalah wali.

Antara reaksi netizen yang tidak bersetuju dengan pernikahan di Thailand.

Antara reaksi netizen yang tidak bersetuju dengan pernikahan di Thailand.

Ekoran mesej tersebut, TwtWedding mempersoalkan adakah masalah berkaitan wali tidak dapat diselesaikan di Malaysia?

"Hukum wali dalam soal nikah kahwin bukan boleh buat main. Risau nanti, berlaku salah faham yang menyebabkan nikah itu tidak sah.

"Lepas tu hidup berpuluh tahun, tanpa tahu pernikahan tu tidak sah. Bila anak-anak dah besar nak nikah atau pembahagian harta akan timbul banyak kesulitan.

"Nak buat apa-apa keputusan tolonglah fikir sekali komplikasi yang mungkin boleh berlaku akan datang. Kalau ada masalah wali, contoh wali enggan ke apa... tolong rujuk dengan pejabat agama, untuk nasihat dan pandangan," ciapnya di Twitter bersama mesej bergambar itu.

Tweet TwtWedding yang tular itu dihujani pelbagai komen dan reaksi netizen.

Kebanyakannya menyatakan, ibu bapa pasangan tersebut mungkin akan bersedih dengan apa yang telah dirancang itu.

Nak kawin tapi duit belanja pun parent bagi... kereta pun parent beli.. rumah pun parent punya. Spoiled brat kids.. baik habiskan belajar, kumpul duit dulu... jangan nanti bila kemudian hari cakap menyesal la kawin awal

HANI

"Kalau saya di tempat parents korang berdua, hancur hati. Dah la membesarkan korang semua bagai, semua benda diberi, tapi bila tiba urusan perkahwinan urusan paling besar dalam hidup, kami dibelakangkan. Nauzuubillah. Moga ada anak nanti, tak ikut jejak langkah korang. Kecewa," ciap Razi Mujah.

"Saya pun fikir macam tu... jangan ikut sangat darah muda. Kalau betul serius nak kawin, bincang elok-elok dengan parents bukannya lari Siam," komen Azzura.

Terdapat juga beberapa warga maya yang menemplak keinginan pasangan berkenaan kerana ingin berkahwin tetapi masih mengharapkan duit belanja daripada ibu bapa.

"Nak kawin tapi duit belanja pun parents bagi... kereta pun parents beli.. rumah pun parents punya. Spoiled brat kids.. baik habiskan belajar, kumpul duit dulu... jangan nanti bila kemudian hari cakap menyesal la kawin awal," ciap Hani.

Komennya itu mendapat reaksi daripada Mohd Aziqq yang menulis 'sejujurnya saya pun macam ni, tapi tak pernah pula fikir nak kahwin selagi tak stabil. Dia ingat susu, pampers baby ni murah ka? Tengok harga stroller baby pun dah ketar tangan nak bayar'.

Seorang lagi netizen menyatakan tindakan itu adalah salah kerana niat pasangan itu yang mahu berkahwin di Thailand dan merahsiakannya daripada keluarga.

Nayli Nadhilah juga melemparkan pandangan sama dan mencadangkan kedua-dua pasangan tersebut untuk menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum berkahwin.

"Please think about responsibility after married, not only sex. Such a shame," ciapnya.

Ustaz Azhar Idrus ketika mengulas tentang topik nikah Siam.

Ustaz Azhar Idrus ketika mengulas tentang topik nikah di Siam.

Memetik penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan perkahwinan di Thailand, ujar penceramah tersohor itu, pernikahan yang dilangsungkan di luar negara perlu didaftar dan dibicarakan di Malaysia terlebih dahulu bagi mengetahui status pernikahan tersebut.

"Kita tidak dapat jawab kerana ada kalanya sah dan ada yang tidak sah. Untuk mendapatkan keputusan yang tepat perlu perolehnya di Mahkamah Syariah.

"Mahkamah akan tanya dapat izin wali atau tidak... berapa jauh daripada wali dan sebagainya, baru keputusan pernikahan dapat diputuskan.

"Kalau wali tidak izin, dapat maklumat pada mahkamah baru berpindah wali... Tapi kalau meninggalkan wali dengan sengaja, hukumnya adalah tidak sah," jelasnya.

Mengulas tentang hukum pasangan yang nikah 'lari' di Thailand pula, tegas beliau, ia adalah haram kerana perbuatan tersebut mengaibkan ibu dan bapa.

"Kita ambil anak dara orang bawa pergi nikah di Siam, tapi sah lepas bicara di sini... hukumnya tetap haram kerana mengaibkan ibu bapa.

"Anak dara kita, orang bawa lari... malu tak kita yang jadi ayah, malu tak dengan orang kampung? Mak kita kena sindir... ibu bapa kita sakit hati, hukumnya dosa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain