suria

Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa

J menunjukkan busana yang ingin dibelinya

MELIHATKAN pelbagai rekaan busana yang menarik diiklankan di laman sosial, pastinya kaum hawa mula memasang hajat untuk memilikinya.

Bagaimanapun, bagi yang tidak bernasib baik impian mereka akan musnah gara-gara penipu dalam talian yang semakin bermaharajalela masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenayah keldai akaun: Bersedia beri penjelasan transaksi mencurigakan atau berdepan tindakan - BNM

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz kena ‘scam’, RM18,000 lesap sekelip mata - “Dengar dia sembang fasal perniagaan, memang tak sangka scammer”

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pemilik akaun @jkireinaa, terdapat lebih daripada lima akaun jualan secara online yang dipercayai palsu.

Difahamkan, kebanyakan baju yang dijual adalah dari negara sebarang Indonesia dan scammers menggunakan alasan Kastam untuk mendapatkan wang mangsa.

Menceritakan pengalaman yang dilaluinya, dia yang lebih dikenali sebagai J tidak menyangka hajat untuk memiliki baju yang diidamkan tidak kesampaian, malah duitnya juga hangus.

Berkongsi cerita di laman Twitter miliknya, J memaklumkan, laman Instagram yang menjual busana dengan nama H****** Collection adalah scammer.

"Scammer alert! Anyone yang nak beli this kind of baju please don't trust, I dont know how many people yang dah kena before me but please don't buy and I ada notice banyak lagi kedai yang macam ni still don't trust. Please help me viral this thing so that other person tak kena

"As usual siapa tahu dorang ni scammer kan? Lagi-lagi baju lawa macam tu so just proceed with my payment since I pernah beli macam ni from Indonesia and I have no problem with that and a couple of hours dia tiba-tiba chat cakap pasal Kastam.

Sebahagian kedai online yang dipercayai scammers

Sebahagian kedai online yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penipuan.

"Stupid me pergi bank in juga since I pun rasa macam betul since dia dari Indonesia and maybe kena Kastam or whatever and baju yang I nak tu memang lawa so ya i bank in another RM200," ciapnya di Twitter pada Selasa.

Menurut J, selepas dia membayar tambahan RM200, 'penjual' terbabit meminta bayaran tambahan sebanyak RM500.

"Kau gila duit dalam bank pun tinggal berapa and i terus cakap no I tak cukup duit pastu dia terus call cakap yang baju ni kena tangkap Kastam pastu dia pun tak tahu benda ni.

"I pun marahlah cakap kenapa sebelum ni tak cakap, kenapa tiba-tiba ada Kastam pula. I ask for my money back lepas tu dia kata tak boleh sebab dah proceed and I dah marah maki I cakap tak apalah tak proceed with my payment and dia cakap 'saya nak tolong'.

"Kalau lepas ni awak kena tangkap polis jangan cari saya and I say tak apa biar saya sendiri cakap dengan polis tu and I cakap stupid lepas tu dia terus hang up phone and block my number and dia dah buang IG dia for your information," tambahnya lagi.

Antara conversation J dengan scammers

Antara komunikasi J dengan scammers.

Tidak selesai di situ juga, J memaklumkan yang dia menemui satu lagi individu yang menjual busana sama tetapi menggunakan akaun Instagram yang lain.

Dia juga menyeru supaya orang ramai membuat aduan kerana berkemungkinan peniaga tersebut mempunyai banyak akaun Instagram yang digunakan untuk menipu mangsa.

Dulu I pun pernah kena sampai I minta surat Kastam. Kau tengoklah surat yang dia buat, nangis mak baca.

AINAA ZHAR

Perkongsiannya itu mendapat lebih 13,800 tanda suka dan dikongsi lebih 3,800 pengguna Twitter.

Kebanyakan pelayar aplikasi itu turut berkongsikan perkara sama sambil memuat naik 'surat Kastam' yang pernah diterima.

Kata Ainaa Zhar, dulu dia juga pernah melalui situasi yang sama dengan J.

"Dulu I pun pernah kena sampai I minta surat Kastam. Kau tengoklah surat yang dia buat, nangis mak baca," ciapnya.

Melalui perkara yang sama, Aaira memaklumkan, modus operandi yang digunakan scammers J adalah sama dengannya pada tahun lepas.

Surat kastam dan modus operandi yang digunakan scammers sama seperti tahun lepas

Surat kastam dan modus operandi yang digunakan scammers sama seperti tahun lepas.

"Sebiji ya modus dia. Aku dah kena hujung tahun lepas. Sampai sekarang aku still sumpah seranah manusia begini," katanya.

Seorang lagi pelayar Twitter juga menyatakan dia hampir terjerat dengan scammer seperti itu.

"I nyaris kena macam ni... diaorang ni ada banyak akaun jual baju macam tu. Before proceed payment, mujur I check nombor telefon kat aplikasi truecaller. Silalah semak nombor telefon sebelum buat apa-apa pembayaran," ujarnya lanjut.

Menurut seorang lagi pelayar, dia sudah lali dengan penipuan seumpama itu kerana kebanyakannya berpangkalan di Indonesia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain