suria

Jumpa istilah tak pernah dengar dalam buku, ibu berang silibus anak darjah 5 dah macam pelajar sekolah menengah

Penggunaan istilah di dalam buku teks sejarah darjah 5 didakwa tidak bersesuaian.

“SEMASA saya tingkatan 6 tahun 2000, baca buku Sulalatus Salatin pun huru hara nak faham.. sampai hari peperiksaan pun tak dapat hadam (faham),” ujar salah seorang netizen di ruangan komen media sosial.

Ia susulan luahan seorang ibu mengenai silibus terkini sekolah rendah yang dipelajari anaknya berusia 11 tahun mengandungi istilah-istilah dan bahasa Melayu tinggi yang dirasakan sukar difahami.

Menerusi ruangan Facebook, Liyana Raya menyatakan bahawa dia menyokong sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mahu mengutarakan isu berkaitan silibus pendidikan murid sekolah rendah kerana menyifatkan pendekatan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran masa ini boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

“Anak saya yang darjah 5 cakap, minggu depan ada ujian. Seperti kebiasaannya budak mudah panik, merembes air mata minta saya ajarkan subjek Sejarah ‘Ma, macam mana nak belajar Sejarah ni’

“Saya kata, nanti kita study sama-sama. Budak panik, soalannya ‘bila nak study’ jadi saya cakap, ikut masa (jam 4-5 pagi) yang selalu saya bangun. Memang selalu pun dia buat kerja sekolah pada awal pagi macam ni.

“Disebabkan panik, dia kunci jam 3 pagi dan jam 3.30 pagi dia datang pada saya. Selama ni saya ambil kisah pasal subjek Sejarah semasa buat kerja sekolah. Tapi kali ni suruh belajar... menggelupurlah juga saya nak memahamkan dia,” ujar Liyana.

Antara luahan Liyana di Facebooknya.

Antara luahan Liyana di Facebooknya.

Menurutnya lagi, subjek sejarah tahun 5 sudah memberi penekanan pada konsep institusi diraja seolah-olah mahu menerapkan pemikiran politik di usia kanak-kanak.

Walhal katanya, hakikat asas penubuhan Tanah Melayu melalui kisah Parameswara langsung tiada dalam silibus berkenaan.

“Kita dulu belajar penubuhan Tanah Melayu melalui macam-macam cerita pasal Parameswara... bagaimana Portugis datang ke Melaka. Zaman Belanda ada kat Tanah Melayu dan sebagainya. Rasanya bila mula daripada situ, senang nak keep track cerita pasal sejarah ni.

“Apabila tengok buku teks anak darjah 5 ni, ada perkataan sulalatus salatin, paman, demang lebar... apa semua tu?

“Anak sampai sekarang tak faham maksud kuasa mutlak apatah lagi perkataan titah perintah. Itu belum cakap lagi institusi raja zaman kerajaan Melayu awal, British, Jepun dan selepas Merdeka.

“Ingat senang ke nak bagi budak faham pasal perlembagaan negeri di peringkat usia 11 tahun ni? Sekali lagi saya ulang...11 tahun umur budak ni, bukan 21 tahun,” luahnya kesal.

Sulalatus salatin merupakan bahan pengajian pelajar tingkatan 6.

Sulalatus Salatin merupakan bahan pengajian pelajar tingkatan 6.

Ekoran itu, dia mempersoalkan kewajaran silibus pendidikan kanak-kanak sekolah masa ini yang dibuat oleh penggubal terlibat.

Malah katanya, murid sekolah rendah juga perlu mempelajari institusi diraja bagi negara luar.

“Jangan terkejut nanti ramai anak kecil develop depression dalam diri. Tak semua budak boleh ikut silibus aras tinggi ni.

As parents, lower down your expectation please. Jangan sebab takut sangat dengan silibus, anda buat emosi anak terganggu.

“Kalau macam nilah gayanya... percayalah tiada keadilan dalam sistem pendidikan kita. Guru-guru pasti akan bagi soalan berulang dan beri hint untuk pelajar skor bagi menaikkan rating sekolah.

“Selain itu, lebih ramai ibu bapa memilih untuk homeschooling anak daripada percaya kepada sistem pendidikan zaman kini,” luahnya.

Netizen menyifatkan penggubal tidak memahami pedagogi.

Netizen menyifatkan penggubal tidak memahami pedagogi.

Dalam pada itu, netizen juga dilihat senada dengan perkongsian yang dibuat Liyana malah ada yang menyifatkan penggubal dasar dan penulis buku teks tidak memahami pedagogi, sebaliknya hanya ingin menyumbat istilah dan konsep berat kepada murid.

Ada juga yang mempersoalkan hala tuju pendidikan negara pada masa ini dan apakah fokus kerajaan pada generasi akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Buku teks sekolah label komuniti skateboard tiada penghayatan agama? Ramai tak puas hati, anggap penerbit cetek minda

“Aras bahasa terlalu tinggi untuk budak darjah 5 memahami petikan tersebut... sepatutnya direct saja beritahu perlu taat pada pemerintah atau raja.

“Silibus yang tinggi, tak sesuai dengan usia. Bahasa pun tak sesuai. Muka surat sangat sarat dengan perkataan. Nak faham konsep satu hal... buku pula ‘crowded’. Bukan budak sahaja stres, mak ayah pun turut tertekan. Tak pasti apa hala tuju pendidikan negara sekarang ni.

Netizen turut sependapat dengan Liyana.

Netizen turut sependapat dengan Liyana.

“Itu masalah kita nak fahamkan anak-anak puan. Saya pun lama-lama naik nak marah jadinya tapi bila kita utarakan persoalan kewajaran silibus tinggi untuk peringkat umur tujuh hingga 10 tahun ada pula yang komen, zaman mak ayah tak ada kritis dan kreatif... jangan pula nak anak-anak kita macam kita,” ujar beberapa netizen.

Selain itu, beberapa orang guru yang meninggalkan komentar turut menyatakan ketidakwajaran menggunakan bahasa tinggi mahupun mewujudkan subjek Sejarah bagi murid sekolah rendah.

“Pandangan saya dari guru. Sekarang ini apa matlamat sebenarnya belajar Sejarah? Sepatutnya Sejarah ini menimbulkan minat dan memudahkan. Bila kita cakap pasal sejarah kita boleh bercerita dengan penuh minat dan beri ulasan.

“Pada pendapat saya... sekolah rendah memang tak sesuai buku teks Sejarah penuh dengan perkataan tetapi illustrasi sedikit. Yang perlu buat ialah hasilkan buku komik teks sejarah dan ringkaskan topik tajuk mengajar,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu