suria

Bella Astillah beli mikrofon baharu, dapat bantu tingkatkan kualiti persembahan... Netizen teka harga cecah RM30,000

Bella sebak selepas impian miliki mikrofon sendiri akhirnya tercapai.

SEKIAN lama menyimpan hasrat untuk memiliki mikrofon sendiri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya berjaya merealisasikan impiannya itu.

Perkara berkenaan dikongsi pembantu peribadinya, Niel Rafeq, yang mendedahkan Bella pernah melalui detik sukar apabila terpaksa meminjam mikrofon rakan selebriti ketika menyertai program Famili Duo sebelum ini.

Menurut Niel, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berharap dengan adanya mikrifon peribadi dia dapat meningkatkan kualiti persembahan pentas. 

Bella mempamerkan mikrofon yang baru dibelinya.

“Lama sangat dia menantikan saat ini… sampai satu tahap dulu dia pinjam mikrofon kawan artis masa bertanding di Famili Duo.

“Dia pernah cakap dia nak berlatih banyak supaya satu hari nanti boleh beli mikrofon sendiri.

“Alhamdulillah, bangga dengan Bella… hadiah untuk diri dia sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima anugerah sebaris nama besar, Bella Astillah tak kecil hati dipertikai... Anggap rezeki anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah bawa keluarga ke Perancis guna duit simpanan… “Tak sanggup mahu berseronok sendiri”

Niel berkongsi perkembangan itu menerusi satu hantaran di Threads pada malam Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Bella yang dilihat semakin stabil dari segi kerjaya dan kewangan.

Malah, ada yang turut meneka harga mikrofon berkenaan yang didakwa mencecah sehingga RM30,000 bergantung pada kualiti peralatan tersebut.

Sudah lama Bella impi ada mikrofon sendiri.

“Kalau Bella dah mampu beli mikrofon sendiri, maksudnya kewangan dia dah stabil. Tahniah Bella akhirnya dapat reward diri.”

“Sampai Bella menangis, itu maknanya dia berusaha sungguh-sungguh untuk dapatkan mikrofon berkenaan.”

“Mahal rasanya mikrofon tu, mungkin dalam RM30,000 bergantung pada kualiti," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain