VIDEO telatah comel seorang kanak-kanak berusia lima tahun sedang menjamu selera menjadi perhatian ramai netizen di aplikasi TikTok.
Rata-rata terhibur melihat aksi kanak-kanak bernama Haris itu yang kelihatan seperti orang dewasa kerana bijak berkomunikasi di hadapan kamera.
Menurut ibunya, Atikah Rashid, berkata dia tidak menyangka perkongsian yang dibuat sekadar suka-suka itu menjadi tular sehingga menerima hampir 10 juta tontonan.
“Saya sebenarnya post video Haris ni saja suka-suka saja daripada dulu lagi tapi tak sangka pula ada orang tertarik dengan reaksi Haris ni kan.
“Ramai pula netizen yang minta nak tengok lagi Haris ni makan sebab karekter macam orang dewasa walaupun usia baru lima tahun.
“Sebenarnya karekter tu memang terikut-ikut macam bapa dia sebab tegas terutama bila waktu makan dan Alhamdulilah selepas tular ni memang lain kehidupan kami sekarang ini,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































